Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ra.mik] | سيراميک

Definisi : (séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ra.mik] | سيراميک

Definisi : 1 bahan drpd mineral bukan logam yg keras dan mempunyai takat lebur yg tinggi. 2 barang yg dihasilkan drpd tanah liat, mis tembikar. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seramik


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jabir Ibsejenis tempayan seramik.Oleh itu kami datang membawa adat iaitu adat berjumlah lapan buah tajau jabir untuk membawa awak pulang," kata Gerijih kepada Senabong.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
betanda Ibsejenis tempayan seramik yang bernilai tinggi. Ia menunjukkan status kepada pemiliknya.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas