Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ran.tau] | سرنتاو

Definisi : dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serantau

Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalan,
     malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna dan istilah Badan Serantau dalam BM dan BIBadan serantau ialah badan atau pertubuhan di peringkat serantau yang dianggotai oleh beberapa buah negara di rantau berkenaan. Misalnya, ASEAN merupakan badan serantau yang diangootai oleh 10 buah negara di rantau Asia Tenggara.Makna07.09.2006
Contoh-contoh Kerjasama Serantau dalam duniaBerita tentang kerjasama serantau (sama ada peringkat ASEAN, Asia, negara-negara Islam dan sebagainya) sering disiarkan dalam media massa, sila rujuk laporan media mengenainya.Lain-lain19.10.2010
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia

Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati.  Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel

Mabbim menyatukan bahasa serantau,Noresah Baharom,Utusan Malaysia02.03.1998.

 

Lain-lain04.09.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional election"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, terjemahkan secara literal ialah "Pilihan Raya Serantau".Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasihDalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2015
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008
Selamat sejahtera Tuan. Tuan, saya menghantar pertanyaan tentang ejaan kabar atau khabar; kamis atau khamis sekali lagi dalam WordPad kerana tambahan ada. Sila rujuklah Wordpad yang terlampir.Salam Sejahtera tuan/puan. Untuk makluman tuan/puan, ejaan baku yang diterima pakai di Malaysia ialah rahsia, khabar, khamis (hari), kamis (kemeja), syaitan, setan (bahasa percakapan) dan syurga. Perbezaan ejaan telah dipersetujui bersama antara negara anggota dalam MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesi-Malaysia.  MABBIM merupakan badan kebahasaan serantau yang merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia. Sekian. Terima kasih.Ejaan08.06.2017
Bagaimana DBP memiawaikan bahasa di Malaysia. Bahasa itu merangkumi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan pelbagai buku pedoman bahasa Melayu dan kamus untuk rujukan. Bahasa Melayu di Malaysia diperakui oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM). DBP sebagai urus setia JK ini. Selain itu, juga diwujudkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang berfungsi sebagai badan yang menyelaraskan bahasa Melayu di peringkat serantau. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana pusat sumber/perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain03.03.2009
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia.Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri.Lain-lain20.01.2014
1) Adakah DBP membuat krusus bahasa untuk penulis papan-papan iklan seluruh negara berdasrkan daerah atau zon? 2) Diharap pihak DBP mengambil inisiatif agar badan ini diletakkan di bawah dewan negara / parlimen supaya perkembangan bahasa melayu sekurang-kurangnya setaraf dengan di Brunei dan Indonesia.

Encik Mohd. Zahair,

1. DBP  ada menganjurkan kursus bahasa bukan sahaja untuk penulis iklan, tetapi untuk pengguna bahasa  pelbagai bidang dari semasa ke semasa  melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan.   

2.  DBP sebagai badan perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja  berusaha mengembangkan, menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Bahasa Indonesia-Malaysia(MABBIM)malah berusaha untuk menjadikannya salah satu bahasa utama di dunia.   

Lain-lain23.06.2010
12

Kembali ke atas