Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérap) Id peruntukan yg disediakan (utk mengganti jika ada yg rosak, hilang, dll), cadangan; menyerapkan menyediakan atau meng­untuk-kan sesuatu (utk serap), mencadangkan; serep I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : masuk melalui liang-liang kecil; ~ mesra mesra atau mendalam benar (perasaan); makan ~ menumpang hidup (makan) pd orang lain; menyerap 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus, hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebaha-gian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu; menyerapi meresapi: sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikiran-nya; menyerapkan menyebabkan atau men­jadikan terserap: anggota persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu; kebanyakannya mengambil kesempatan ber-kahwin dan ~ diri sbg anggota masyarakat pribumi itu; terserap 1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan: pembukaan kawasan yg pesat menyebabkan jumlah air yg ~ ke bumi berkurang; 2. diterima sbg sebahagian drpd sesuatu, sebati: fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dlm kehidupan rakyat; serapan 1. hasil menyerap, (sesuatu) yg diserap; 2. lubang (yg biasanya ditutup dgn ijuk dll) tempat air yg kotor; 3. alat utk menyerap, alat penyerap (sesuatu); keterserapan keadaan atau sifat boleh di-serapkan: penggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dlm bahasa Melayu; penyerapan 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; penyerap sesuatu yg menyerap (menghisap dll) benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyerap 1 masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (bkn benda-benda cair); meresap: Air lekas ~ ke dlm tanah yg berpasir. 2 dpt menghisap benda-benda cair: Jika tidak ada kertas sap, kapur pun dpt digunakan utk ~ dak­wat. 3 ki masuk benar-benar ke dlm badan (hati dll); mesra sekali (bkn persahabatan): Sejuknya ~ ke tulang. 4 menerima dan menahan semuanya sekali drpd memantul atau berbalik semula (bkn haba, cahaya dsb). menyerapi 1 menyerap ke dlm (sesuatu): Air ~ tanah. 2 masuk ke dlm sesuatu (bkn fahaman dsb): Pertubuhan itu diserapi fahaman komunisme. menyerapkan 1 memasukkan sesuatu benar-benar ke dlm hati (badan dsb). 2 memasukkan ke dlm sesuatu; menggabungkan dgn yg lain: Semua pekerja sementara akan diserapkan ke jawatan tetap. terserap telah, dpt diserap atau diserapkan. keterserapan keadaan atau sifat boleh diserapkan. penyerapan perbuatan (hal dsb) menyerap atau menyerapkan. penyerap sesuatu yg menyerap benda lain: ~ cahaya; ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serap
Kata Terbitan : menyerap, terserap, serapan, penyerapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DNA blottingpenyerapan DNASains ForensikTiadaPemindahan fragmen DNA yang terpisah oleh elektroforesis gel ke permukaan membran dengan teknik serap. Contoh teknik penyerapan ialah serap Southern yang digunakan dalam penjenisan DNA RFLP. Lihat juga serap Southern.
dissolvelarut; bubar; serapPendidikanTiada3. Serap: Kaedah menukarkan imej lama kepada imej baru dalam penayangan visual.
dot blotserap bintikSains ForensikTiadaTeknik serap yang dipermudah untuk mengesan atau menjumlahkan asid nukleik yang diamplifikasi atau yang diekstrak daripada bahan bukti. Dalam teknik ini, sampel DNA diletakkan pada membran sebagai satu bintik dan diikuti dengan penambahan prob nukleotida berlabel. Bagi sampel DNA yang mempunyai jujukan yang saling melengkapi dengan jujukan prob pengesan, tindak balas antara DNA dengan prob pengesan akan menghasilkan perubahan warna pada bintik tersebut.
absorption discontinuityketakselanjaran serapKejuruteraanTiadaCiri ketakselanjaran lengkung serap sinar x, ketika penyerapan tenaga elektron di dalam atom tidak selanjar.
absorption limithad serapKejuruteraanSains NuklearCiri ketakselanjaran lengkung serap sinar x, ketika penyerapan tenaga elektron di dalam atom tidak selajar.
differential absorption lidar systemsistem lidar serap berbezaKejuruteraanTiadaSistem laser frekuensi stabil yang diguna dalam penderiaan jauh dengan mengukur beza serap pada dua jarak gelombang laser tersebut.
blotting techniqueteknik serapSains ForensikTiadaTeknik yang digunakan untuk memindahkan fragmen RNA, DNA atau protein yang terpisah secara elektroforesis dalam gel pemisah kepada membran seperti nitroselulosa untuk analisis lanjutan. Teknik ini dilakukan dengan meletakkan membran nitroselulosa di atas gel elektroforesis yang disokong oleh satu lapisan span yang berada dalam larutan alkali. Seterusnya, tuala kertas diletakkan di atas membran nitroselulosa tersebut yang akan menyerap larutan dalam gel merentasi membran dan memindahkan molekul RNA, DNA atau protein ke permukaan membran tersebut. Apabila teknik ini digunakan dalam pemindahan DNA, ia dikenali sebagai serap Southern. Lihat juga serap Southern.
household and sanitary paperkertas keperluan rumah dan kertas sanitariPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKertas serap air yang dihasilkan daripada pulpa yang telah diluntur atau tidak diluntur, kertas buangan atau campuran kedua-duanya. Kertas jenis ini lembut, kuat, tahan koyak, mempunyai daya serap yang tinggi dan tidak berbahaya kepada kesihatan. Kertas ini didapati dalam berbagai-bagai warna, sama ada selapis atau dua lapis. Misalnya, tisu muka dan tisu tandas.
absorbserapFizikTiadaMembawa masuk sesuatu, misalnya ke dalam tisu.
absorbserapKejuruteraanTiadaMembawa masuk sesuatu, misalnya ke dalam tisu.
12345678910...

Kembali ke atas