Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.si] | سراسي

Definisi : (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.si] | سراسي

Definisi : 1 sesuai benar; secocok; sepadan. 2 ist keupayaan sesuatu peranti atau atur cara utk dijalankan pd komputer yg berlainan tanpa menukarkan peranti atau atur cara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ra.si] | سراسي

Definisi : sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ra.si] | سراسي

Definisi : padan benar; cocok; sesuai: Saya tidak ~ berkawan dgn mereka. keserasian keadaan atau hal serasi: Persahabatan mereka berpanjangan kerana ada ~ antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kala: rekata

2. Bersinonim dengan perasian: ilmu bintang, ilmu perbintangan, ilmu melihat nasib, ilmu nujum,

Kata Terbitan : merasi, serasi, menyerasikan, keserasian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'limau kasturi'? Dalam kamus dewan edisi keempat ditulis limau kesturi, tetapi masyarakat umum lebih serasi dengan ejaan limau kasturi. Adakah salah jika saya gunakan limau kasturi?Terima kasih.Ejaan yang betul ialah limau kesturi seperti dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Ejaan23.09.2013
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK.Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar.Tatabahasa19.10.2016
'e' dalam 'khemir' (pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Khemir&d=28648&#LIHATSINI) disebut dengan e taling atau e pepet?Tiada maklumat berkenaan sebutan perkataan khemir yang ditemukan. Pada pandangan kami sebutan yang lebih serasi ialah e pepet.Lain-lain10.01.2020
Apakah ejaan jawi bagi perkataan "klien"? Contoh ayat bahasa Inggeris: Customers must ensure that their clients are compatible with our servers so that it does not interrupt other users. All clients are accepted, including desktop software, web and mobile application. Contoh ayat bahasa Melayu rumi: Pelanggan mestilah memastikan klien yang digunakan serasi dengan pelayan kami supaya ia tidak mengganggu pengguna lain. Semua klien diterima, termasuk perisian meja, aplikasi sesawang dan mudah alih. Jadi untuk tulis dalam jawi:
ڤلڠݢن مستيله ممستيکن klien يڠ دݢوناکن سراسي دڠن ڤلاين کامي سوڤايا اي تيدق مڠݢڠݢو ڤڠݢونا لاءين. سموا klien دتريما⹁ ترماسوق ڤرايسين ميجا⹁ اڤليکاسي سساوڠ دان موده اليه.
Jadi apakah ejaan jawi bagi perkataan "klien" itu?
Ejaan Jawi bagi perkataan 'klien' ialah كلاين ت

Ejaan22.06.2020
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan
2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID
3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi
Istilah08.03.2016
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa.Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan  2. setuju, bersefahaman, sepakat  3. sama benar, tidak berbeza  4. tepat, betul  5. setuju di hati, suka  6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul;  a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa.Tatabahasa02.09.2009
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam?Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.

Tatabahasa29.12.2015

Kembali ke atas