Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seratus tahun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SERATUS TAHUN

Perang Seratus Tahun (1337–1453)

berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang

raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang

berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan

antara England dengan Perancis ini sebenarnya

terdiri daripada serangkaian perang merebut

takhta yang diselang-seli oleh perdamaian

sementara dan perjanjian. Perang ini bermula

dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari

tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut

juga disebabkan beberapa perkara lain.

UMUM 
PERTEMPURAN CRÉCY

Pertempuran Crécy ialah pertempuran penting

yang pertama dalam Perang Seratus Tahun.

Pertempuran ini berlaku pada tahun 1346 di tapak

bandar Crécy, kini di bahagian Somme Perancis.

UMUM 
PERTEMPURAN AGINCOURT

Pertempuran Agincourt berlaku pada tahun

1415 antara tentera Inggeris dengan tentera

Perancis berhampiran perkampungan Agincourt, di

utara Perancis. Pasukan tentera Inggeris hanya

mempunyai 13 000 tentera, tetapi merupakan

angkatan tentera yang cukup terlatih dan

mempunyai senjata yang paling lengkap sejak

angkatan tentera Rom. Askar pemanah dan askar

bertombak yang dibantu oleh sebilangan pasukan

askar berkuda berjaya menewaskan kira-kira 50 000

askar Perancis. Pertempuran ini menandakan

kejayaan besar yang ketiga bagi Inggeris dalam

Perang Seratus Tahun.

UMUM 
LONG JAAFAR

LONG JAAFAR (  ?  -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SOU

Sou ialah duit syiling kecil dalam sistem

kewangan Perancis. Nilainya lima centime (satu per

seratus daripada satu franc). Duit ini tidak

digunakan lagi sejak tamat Perang Dunia II pada

tahun 1945.

UMUM 
PERTEMPURAN POITIERS

Pertempuran Poitiers ialah nama bagi tiga

peristiwa. Pertempuran paling penting telah berlaku

pada tahun 1356, berhampiran sebuah bandar

bernama Poitiers di Perancis. Kemenangan tentera

Inggeris yang terkenal dalam Peperangan Seratus

Tahun berpunca dari Pertempuran Poitiers. Tentera

Inggeris telah diketuai oleh Edward ‘ Putera Hitam’

dari England. Raja John II dari Perancis telah

mengetuai tentera negaranya.

UMUM 
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu

Kembali ke atas