Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.ya] | سرايا

Definisi : sambil, serta: Pak Kaduk pun mem-babarkan layarnya ~ menujukan haluan perahunya ke kuala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ya] | سرايا

Definisi : Mn; wang ~ wang yg dipungut drpd penduduk (utk keperluan tempatan spt mem-bayar gaji ketua kampung dll); menyeraya, menyerayakan meminta per­tolongan atau bantuan (utk mengerjakan sesuatu): Asmah ~ membeli sehelai kain sutera utk jirannya; seraya-menyeraya tolong-menolong (ber­tolong bantu) mengerjakan sesuatu, berderau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ya] | سرايا

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Shorea curfisii; 2. = ~ putih sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, urat mata (Sabah dan Sarawak), Parashorea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ya] | سرايا

Definisi : sedang melakukan sesuatu me­lakukan yg lain juga; sambil; serta: Dia berkata ~ tersenyum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seraya (kata tugas)
Bersinonim dengan sambil, serta, lalu, lantas.,

Puisi
 

Belok-belok ke jamban pilih,
     Teras seraya di dalam padi;
Elok buruk aku tak pilih,
     Asalkan berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami ingin menamakan "KIARAMAS SERAYA" untuk penamaan kondominium baru kami. Sila rujuk pertanyaan kami bertarikh 4/10/2018 melalui email (project@asiaquest.com.my) Pihak DBP menyarankan supaya di namakan "Kondominium Kiara Seraya". Saya ingin tahu adakah cadangan nama Kiara Seraya tu yang muktamad? Sebab Kiaramas adalah nama syarikat kami sbb itu kami mencadangkan Kiaramas Seraya dan bukannya Kiara Seraya. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.

Tuan/puan yang budiman, kami ingin memohon maaf kerana terdapat kesilapan ejaan pada cadangan yang kami kemukakan dahulu. Tuan/puan boleh menggunakan cadangan nama yang dikemukakan oleh pihak tuan/puan tersebut, iaitu KONDOMINIUM KIARAMAS SERAYA.  Walau bagaimanapun, perakuan penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik  daripada DBP hanya dapat disahkan sekiranya pihak tuan/puan, mengemukakan cadangan tersebut pada borang kuning yang boleh diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, mohon nyatakan sebab nama tersebut dipilih berserta ulasan dalam ruangan DBP.

Lain-lain09.10.2018
Kami ingin menamakan "Seraya @Kiaramas" tanpa memasukkan perkataan kondominium. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangankan permohonan kami.Sekiranya ia merupakan nama kondominium, perlu dimasukkan perkataan tersebut pada nama iaitu:  "Kondominium Seraya"
Untuk "@Kiaramas", simbol '@' tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu, sekiranya tuan hendak memasukkan 'Kiaramas' sebagai lokasi, pihak kami cadangkan seperti yang berikut: "Kondominium Seraya di Kiaramas" atau "Kondominum Seraya, Kiaramas"
Makna29.10.2018
Pihak kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai penggunaan nama "KIARAMAS SERAYA" untuk penamaan bangunan baru kami.

DBP tidak mengesahkan nama syarikat yang telah didaftarkan. Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: KONDOMINIUM KIARA SERAYA.

Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.

Lain-lain04.10.2018
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bagi membelek-belek. Contoh: "Tangannya mula mencapai dompet berjenama tersebut seraya membelek-beleknya." Adakah penggunaannya betul?

Penggunaan perkataan dalam contoh ayat yang diberikan betul.


Tatabahasa06.04.2021
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu :

1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak;

2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua;

3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta;

4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.

Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai  ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini.  

Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga  dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut.   

Tatabahasa15.01.2010
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009

Kembali ke atas