Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Peribahasa

Seperti Kur'an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan. Saya ada sedikit kekeliruan mengenai penggunaan tanda sempang '-' pada perkataan serba boleh. Adakah perkataan ini sepatutnya 'serba boleh' atau 'serba-boleh'? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah serba boleh.Ejaan22.09.2019
Bagaimanakah cara mengira jumlah perkataan dewan serba guna dan wakil rakyat. Boleh beri penjelasanDewan serba guna mempunyai tiga perkataan, manakala wakil rakyat mempunyai dua perkataan. Kedua-duanya perlulah dipisahkan.Ejaan23.06.2021
saya sebagai pelajar dalam jurusan sastera ingin bertanya,apakah teori tempatan yang terdapat dalam pembelajaran sastera.boleh terangkan serba sedikit. soalan kedua,bolehkah saya menghantar karya saya kepada pihak dbp.

antara teori tempatn janaan para sarjana di Malaysia ialah seperti yang berikut:

1. Muhammad Haji Salleh - Puitika Sastera Melayu

2. Mohamad Affandi Hassan - Pendidikan Estetik daripada Pendekatan Tauhid/Persuratan Baru

3.Mana Sikana - Teksidealisme

4.Hashim Awang - Pengkaedahan Melayu

Shafie Abu Bakar - Takmilah

 

Untuk menghantar sebarang karya seperti karya kreatif, saudara/saudari boleh alamat ke Editor Tunas Cipta, Tingkat 20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain13.03.2009
Assalamualaikum Tuan, Boleh saya tahu buku rujukan apakah yang boleh saya baca untuk Bahasa Melayu dialek Malaysia dari segi fonologi, ejaan, dan juga tatabahasa? Ini kerana saya ingin membuat kajian serba sedikit, dan sekiranya ada senarai buku rujukan maka ia akan membantu saya serba sedikit. Terima kasih. Yang Benar, Muhammad Dhia Lai

Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari  boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudari boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Selain itu juga, saudari boleh menggunakan enjin carian  Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan "dialek" dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menggunakan perkataan "dialek" terdapat 151 buah bahan rujukan yang terdapat di Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. Selamat mencuba.

Lain-lain07.07.2019
1.Boleh tak pihak tuan nyatakan serba ringkas tentang sumbangan DBP dalam pembinaan Bahasa melayu. 2. saya masih keliru dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.Adakah di sekolah sekarang dirujuk sebagai subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih di atas penjelasan ini.Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,  bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu.Lain-lain20.05.2008
di mana boleh saya dapatkan profil organisasi dbp? boleh berikan sedikit maklumat berkenaan profil organisasi?

Terima kasih kerana menggunakan KNDBP.  Maklumat berkenaan profil DBP boleh didapati dengan melayari laman web dbp iaitu www.dbp.gov.my di bawah ikon "organisasi".  Serba sedikit maklumat berkenaan profil DBP adalah seperti yang berikut:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Lain-lain09.10.2008
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Apakah padanan sebenar bagi “permitted nature-identical flavouring substance” dalam ayat di bawah ini? 243A. (7) Notwithstanding subregulations (6), permitted nature-identical flavouring substance may only be added in mango nectar. 243A. (7) Walau apa pun subperaturan (6), bahan perisa serba sama bahan asli yang dibenarkan hanya boleh ditambah pada nektar mangga.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk permitted nature-identical flavouring substance ialah bahan perisa serba sama asli yang dibenarkanPenyemakan dan penterjemahan30.06.2021
1. 'bendakerja' atau benda kerja? 2. perkataan 'dalam' bolehkah diguna dalam permulaan ayat. contoh: Dalam era yang serba canggih........1. benda kerja 2. Dalan konteks ayat yang diberikan, perkataan 'dalam' boleh digunakan.Tatabahasa16.01.2007
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009
123

Kembali ke atas