Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Tanjung Bondong parit perintah,
     Bersampan dengan sidaknya;
Hendak dilangsung serba salah,
     Takut badan jadi merana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain panjang empat,
     ditarik ke atas ke bawah tak sampai.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bermain angin, Makan buah serba rasa; Sakit sungguh tinggal bermain, Makan kuah berair mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa.
Kurik Kundi Merah SagaHujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaSayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAyuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi.
Kurik Kundi Merah SagaKayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak dua beradik, Pergi ke pasar beli padi; Saya asal teras yang baik, Hujan panas serba jadi.

Kembali ke atas