Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Tanjung Bondong parit perintah,
     Bersampan dengan sidaknya;
Hendak dilangsung serba salah,
     Takut badan jadi merana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain panjang empat,
     ditarik ke atas ke bawah tak sampai.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai berkain tiga hasta.Serba tak cukup (miskin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas