Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.buan] | سربوان

Definisi : hasil menyerbu, serangan: dia dapat melepaskan diri drpd ~ polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.buan] | سربوان

Definisi : serangan secara menyerbu; hasil menyerbu: ~ musuh itu telah dpt dipatahkan. ~ perangkap serbuan yg dilakukan se­telah memerangkap terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbu
Kata Terbitan : menyerbu, serbuan, penyerbuan, penyerbu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon nasihat tuan berhubung penjodoh bilangan yang sesuai untuk Pasport Malaysia Antarabangsa. Perkataan tersebut (berhubung bilangan atau penjodoh bilangan itu) akan kerap digunakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Mohon juga khidmat nasihat berhubung dengan singkatan atau perkataan yang sesuai untuk diulang-ulang di dalam laporan agar tidak terlalu panjang dan mudah difahami oleh pembaca (tidak terlalu teknikal dan mencapai maksud). Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah kerana bentuk fizikal pasport seperti buku (sebuah buku). Walau bagaimanapun tidak semua benda perlu diberi penjodoh bilangan. Begitu juga halnya dengan pasport, contoh ayatnya: Ratusan pasport ditemui dalam serbuan tersebut. Tidak ada ejaan singkatan bagi penjodoh bilangan lazimnya dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa09.01.2012

Kembali ke atas