Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ré.brum] | سيريبروم

Definisi : (sérébrum) (Bio) bahagian depan otak vertebrat yg mengawal pemikiran, persepsi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ré.brum] | سيريبروم

Definisi : /sérébrum/ ist bahagian otak yg di atas sekali dan berfungsi sbg pusat pemikiran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serebrum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cerebrumserebrumVeterinarPraklinikalSerebrum terdiri daripada bahagian atas otak depan. Serebrum termasuk korteks serebrum; kawasan berlingkar atau berkedut serebrum dan jirim putih. Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera yang nampak sama bentuk tetapi berlainan fungsi. Setiap hemisfera serebrum dibahagikan lagi kepada lobus dan setiap lobus dinamakan mengikut tulang kepala yang meliputinya. Kedua-dua hemisfera itu dipisahkan oleh lekah yang dalam dan dihubungkan oleh satu titian dalam yang dikenali sebagai korpus kalosum. Kortek serebrum terdiri daripada jasad sel neuron atau soma (jirim kelabu); dan korpus kalosum terdiri daripada gentian neuron atau akson (jirim putih). Serebrum bertanggungjawab terhadap fungsi otak tinggi dalam memproses maklumat penderiaan dan memulakan pergerakan.
serebrumserebrumBiologiHistologi dan SitologiOtak hadapan yang wujud hasil daripada pembezaan vesikel primer pertama.hemisfera serebrum.
cerebral cortexkorteks serebrumVeterinarPraklinikalLapisan berkonvulat jirim kelabu otak yang merangkumi hemisfera serebrum. Korteks serebrum mengawal pemikiran; ingatan; deria dan pergerakan voluntari.
cerebral oedemasembab serebrumPerubatanTiadaPembengkakan sel serebrum yang boleh disebabkan hipoksia serebrum, pendarahan intrakranial, kematian sel serebrum, hipotensi, ketidakseimbangan elektrolit dalam darah seperti hiponatremia dan bendalir yang berlebihan dalam edaran darah.
cerebral ischaemiaiskemia serebrumPerubatanTiadaKekurangan aliran darah ke serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial (akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak dan angin ahmar), hipotensi dan pegun kardiopulmonari. Lihat juga hipoksia serebrum.
cerebral hypoxiahipoksia serebrumPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak atau angin ahmar), hipotensi, pegun kardiopulmonari dan kekurangan oksigen dalam darah.
cerebral vasodilatationvasodilatasi serebrumPerubatanTiadaPengembangan saluran darah arteri serebrum yang mungkin disebabkan hipoksia, asidosis, hiperkarbia dan ubat vasodilator serebrum seperti agen anestesia meruap.
cerebral metabolic ratekadar metabolisme serebrumPerubatanTiadaKadar metabolisme sel serebrum yang biasanya dikenali sebagai penggunaan oksigen oleh serebrum (CMRO₂). Kadar ini mempunyai julat antara 3 ml/100 gm hingga 3.5 ml/100 gm otak/minit.
cerebral blood flowaliran darah serebrumPerubatanTiadaKadar aliran darah ke bahagian serebrum yang mempunyai julat antara 50 ml/100 gm hingga 55 ml/100 gm serebrum/minit. Kadar ini ialah 15% hingga 20% daripada keluaran jantung.
cerebral vascular resistancerintangan vaskular serebrumPerubatanTiadaHalangan terhadap pengaliran darah ke serebrum. Kedaan ini boleh dipengaruhi aktiviti saraf autonomik, trombosis, tegangan karbon dioksida dalam darah dan ubat vasokonstriktor atau vasodilator serebrum.
12345678910...

Kembali ke atas