Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rém.ban] | سريمبن

Definisi : (serémban) sj permainan kanak-kanak (dgn batu-batu kecil yg dilambung-lambung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rém.ban] | سريمبن

Definisi : /serémban/ permainan dgn menggunakan batu-batu kecil yg di­lambungkan dan disambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seremban


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lebuh raya itu menghubungi Seremban dengan Kuala Lumpur atau Lebuh raya itu menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur Anak emas-anak emas atau Anak-anak emas

Saudara,

Perkataan yang betul ialah menghubungkan dan anak-anak emas.

 

Tatabahasa02.10.2009
Salam sejahtera Tuan, Adakah perkataan "berada" boleh digunakan untuk sesuatu tempat? Contoh: 1.Seremban 'berada' di Negeri Sembilan. Jika atas peta pula bagaimana? Contoh: 1.Seremban 'berada' di paksi mencancang. 2.Tasik Bera 'berada' di paksi-x. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Perkataan "berada" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun ayat pertama perlu dibetulkan seperti berikut: Seremban berada di paksi-Y.Tatabahasa15.07.2019
PERMOHONAN UNTUK MENGALIKSARA MANUSKRIP JAWI KE RUMI. MARDHIAH BINTI GHAZALLI JAWATAN : GURU BAHASA ARAB & AGAMA DI SMK SERI PAGI SEREMBAN. NO HP: 0129171685 NO I/C: 730214055010 ALAMAT: 9361 JALAN KEKWA 4, TAMAN GURU, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, N.SEMBILAN. PENGALAMAN : TERLIBAT MENTERJEMAHKAN MANUSKRIP TAMING SARI BERSAMA EN. WAN AHMAD (PUSAKO MOYANG, SEREMBAN) DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYELIDIK MANUSKRIP DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.

Puan Mardhiah,

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja mengalihaksara manuskrip jawi ke rumi. Untuk makluman puan Bhg. Dasar dan penyelidikan Sastera,DBP ada mengusahakan projek Transliterasi dan Analisis Naskhah. Setiap tahun pihak kami akan memilih naskhah-naskhah yang sesuai untuk ditransliterasi. Oleh itu sekiranya ada manuskrip yang telah dikenalpasti, pihak kami akan menghubungi puan.

Sekian. 

Lain-lain11.12.2010
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke?

Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini  perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti  seperti  pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan.

Lain-lain16.06.2022
Azian (menaiki) komuter dari (Stesyen Seremban) untuk pergi ke rumah datuknya yang terletak di Kuala Lumpur . Dalam ayat ini ada kesalahan tak?

Ayat yang betul ialah Azian menaiki komuter dari Stesen Seremban untuk ke rumah datuknya yang terletak di Kuala Lumpur.

Tatabahasa26.04.2022
Salam, apakah istilah Inggeris bagi permainan 'batu seremban'? Betulkah jika saya gunakan 'jackstone'? Dan apakah pula istilah Inggeris untuk permainan 'sepak bulu ayam'? Adakah 'footbal feathers'? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Inggeris- Melayu, jackstone ialah batu seremban.

Cadangan padanan untuk sepak bulu ayam ialah kicking the feathers.
Tatabahasa23.01.2013
Selamat pagi, Kami dari Syarikat Gopi Travel Tours Sdn Bhd ingin memohon papan tanda baru untuk cawangan baru kami di Seremban beralamat No 8, 1st Floor, Jalan Dr. Krishnan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat terperinci mengenai papan tanda adalah sepereti berikut: Gopi Travel Tours Sdn Bhd (Mohon Untuk Translet kepada Bahasa Cina Nama Syarikat) Perkhidmatan yang disediakan: Pakej Pelancongan Luar dan Dalam Negara Penempahan Tiket Dalam dan Luar Negara Tempahan Hotel Dalam dan Luar Negara Perkhidmatan BAs Persiaran, Catar, Ekspress dan Henti-Henti p/s: Mohon Pihak Dewan dan Pustaka dapat memberi maklumbalas kepada pihak kami. Terima Kasih

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain30.05.2017
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban ingin mengadakan latihan dalam perkhidmatan iaitu 'Penulisan Memo dan Surat yang betul'. Kumpulan sasaran Pegawai dan Pembantu Tadbir. Tempoh 3 jam. Saya perlu penceramah yang mempunyai kepakaran tersebut. Mohon bantuan pihak DBP.Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479226/9227 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain03.09.2015
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih...

Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca.

Sekian dimaklumkan dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
Assalamualaikum. Saya diminta oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk daftar Iklan Papan Tanda Perniagaan. Minta maklumat cara untuk mendaftar. Sekian, Terima kasih Raeze bin Ahmad. Email : higien2007@gmail.comUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). Tatacara pendaftaran dan permohonan boleh diperoleh melalui portal berkenaan.Tatabahasa14.02.2017
123

Kembali ke atas