Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rém.ban] | سريمبن

Definisi : (serémban) sj permainan kanak-kanak (dgn batu-batu kecil yg dilambung-lambung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rém.ban] | سريمبن

Definisi : /serémban/ permainan dgn menggunakan batu-batu kecil yg di­lambungkan dan disambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seremban


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEREMBAN

Seremban (pend. 170 200), ibu negeri Negeri

Sembilan. Ia juga berfungsi sebagai pusat

pentadbiran dan pusat kegiatan ekonomi. Seremban

terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala

Lumpur.

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
SALLEH AL-MASRI

SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban.  Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama.  Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya.  Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia.  Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAMLI ISIN

RAMLI ISIN (1939-     ), penulis. Dia lahir pada 30 Mac 1939 di Kampung Seliau, Seremban, Negeri Sembilan. Di samping namanya, dia juga pernah menggunakan nama pena Wijaya R. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seliau dan Sekolah Melayu Jalan Channer, Seremban. Selepas itu, Ramli melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1957-1960)

SASTERATokoh
SITI NORMA YAAKOB

SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 -     ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994).  Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957).  Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan.  Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LATIFF MOHIDIN

LATIFF MOHIDIN (1938-      ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V

SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V, sekolah Menengah    yang terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini pada asalnya adalah Government English School yang ditubuhkan pada 15 Januari 1923.  Sekolah ini terletak di sebuah bangunan stor stesen kereta api Sungai Ujong Seremban.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AHMAD MUHAMMAD SAID

AHMAD MUHAMMAD SAID (1914-1964), Mufti Negeri Sembilan. Dia lahir di

Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Ahmad

bin Syekh Muhammad Said al-Dandarawi. Ahmad seorang tokoh agama yang tegas

dan berani dalam melaksanakan hukum syarak dan kuat berpegang pada ilmu

tasawuf. Dia juga pemimpin tarekat Ahmadiyah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas