Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri.ga.la] | سريݢالا

Definisi : sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon rutilans; ~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk mendapatkan benda itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri.ga.la] | سريݢالا

Definisi : binatang liar yg rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan, Canis aureus. ~ laut binatang laut yg kakinya kelihatan spt kepak (dpt meluncur dgn pantas di dlm air); anjing laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serigala

Peribahasa

Serigala berbulu domba.

Bermaksud :

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Betulkah ejaan bunyi haiwan di bawah: a)serigala - woof! woof! woof! b)beruang - graa! graa! graa! tqBunyi binatang "woof" dan "graa" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Bentuk bunyi tersebut boleh diterima dengan penyesuian ejaan menjadi "wof" dan "gra". Jika bunyinya panjang, namun tidak perlu ditambah huruf vokal dalam ejaan tersebut.Lain-lain12.11.2015

Kembali ke atas