Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
Selamat petang. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah:

1. Mereka sering menunggang motosikal di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
Lain-lain09.06.2023
1. Zakry sering mengambil berat akan / terhadap / tentang Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai. Yang manakah betul? 2. Sebagai contoh atau Sebagai contohnya? 3. Adakah perkataan Contohnya boleh digunakan untuk memulakan ayat?Salam sejahtera,

1. Zakry sering mengambil berat terhadap Basirah walaupun pengorbannya tidak dihargai. - ayat yang tepat.
2. Sebagai contoh yang betul.
3. Permulaan ayat dengan menggunakan perkataan Contohnya tidak menjadi masalah dan boleh digunakan.

Sekian.

Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau www.prpm.dbp.gov.my
Tatabahasa22.02.2020
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.  Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking.Istilah13.03.2009
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Tatabahasa04.06.2023
1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih.1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok.
2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya.
Tatabahasa08.07.2012
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata .kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata .Tatabahasa11.09.2008
Tuan, adakah ayat songsang di bawah ini gramatis? 1. Baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri. • dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu • dijahit oleh ibu baju Melayu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri • sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak • sempena Hari Raya Aidilfitri ibu menjahit baju Melayu kepada kakak 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai. • diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak • diteruskan pertandingan bola sepak walaupun hujan turun renyai-renyai • walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak diteruskan • walaupun hujan turun renyai-renyai diteruskan pertandingan bola sepak 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah . • sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang • yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah Bapa Fazley • yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley sering tiada di rumah • sering tiada di rumah yang bekerja sebagai juruterbang bapa FazleyAyat yang betul dan ayat songsang.

1. Baju kurung dijahit oleh ibu untuk kakak sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
• Dijahit oleh ibu untuk kakak baju kurung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan renyai.
• Walaupun hujan renyai pertandingan bola sepak diteruskan.  

3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah.
Sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang. 
Tatabahasa17.06.2020
1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali.

2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai.

3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami.

4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

Tatabahasa13.12.2011
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas