Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tape formatformat pitaKomunikasiTiadaKaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci.
catalesekatalaseBiologiGenetikEnzim yang memangkinkan tindak balas biokimia berikut: H2O2?H2O+ 1/2O2 enzim ini sering terdapat pada peroksisom dalam hati.
operating system virusvirus sistem pengendalianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�.
pressuretekananMekanikGunaanKeamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, iaitu daya bagi setiap luas unit. Nilainya diperoleh dengan membahagikan daya yang bertindak dengan luas medan tindakannya. Tekanan merupakan kuantiti skalar. Simbol yang sering digunakan ialah p manakala unit ukurannya ialah pascal, Pa (1 Pa = 1 N.m-2). Lihat juga tegasan.
thawing/dilutionpencairanMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Proses mencairkan ais dalam sesuatu makanan sejuk beku. Secara komersial, makanan sering dicairkan pada suhu hampir di bawah takat sejuk beku dengan menggunakan air suam, udara lembap atau pemasanan gelombang mikro. 2. Proses menjadikan sesuatu bahan kurang pekat daripada asal dengan memindahkan sejumlah kecil bahan ke dalam pencair seperti air suling. Contohnya 1/10 atau 10-1 atau 10 kali lebih cair daripada sampel asal. Dari segi ujian mikrobiologi kehadiran mikroorganisma dalam pencairan yang tinggi menunjukkan banyaknya bilangan mikroorganisma.
clichekliseKomunikasiTiada1. Gambar negatif pada filem kamera. 2. Ungkapan yang sering digunakan sehingga tidak mempunyai keaslian dan keistimewaannya lagi.
reciprocitykesalinganSejarahTiada1. Prinsip atau amalan saling memberi atau prinsip bertolak ansur yang sering dijadikan dasar utama dalam hubungan antara dua negara yang bersahabat.
demigodsepara dewaSejarahTiada1. Sesuatu yang bersifat separuh tuhan dan separuh manusia, sering kali terdapat dalam Berita rakyat Yunani purba tentang anak kepada dewa dengan perempuan biasa.,2. Seorang yang memperlihatkan keunggulannya sebagai intelek, berkuasa, berkebolehan, berwibawa dan personaliti yang menarik dijadikan propaganda oleh media massa seolah-olah seperti Tuhan.
dysenteryberak darah/disenteriPerubatanTiada1. Penyakit yang ditandai dengan pengeluaran najis berair yang sering, kadangkala dengan darah dan lendir dan secara klinikal ditandai dengan kesakitan, demam dan penderitaan. 2. Radang mukosa kolon.
defibrillationdefibrilasiPerubatanTiada1. Penghentian fibrilasi otot jantung, iaitu atrium atau ventrikel, dan pemulihan rentak normal. Proses ini sering dilakukan secara kejutan elektrik. 2. Pemisahan serat tisu, iaitu dengan menggunakan alat yang tumpul supaya tisu terpisah tanpa terpotong.
1234

Kembali ke atas