Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : acap kali, kerap kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : acap kali; kerap; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
Kenapa sering kali bahagian rujukan kamus memberi kedua-dua jawapan yg kita musykilkan contoh stoking edisi 4 dan kamus plajar edisi 2 betul, stokin pun betul .....boleh keliru. Jadi bagaimana kita harus merujukdan buat pilihan.t.kasihBerkemungkinan berlaku kesilapan semasa proses pemindahan data dari salinan keras kepada salinan lembut. Jika tuan berhadapan dengan kes seumpama ini, pertamanya, ambil data daripada Kamus Pelajar; dan jika tiada, ambil data yang paling banyak kerana yang sedikit itu kita anggap sebagai data yang kurang tepat. Contohnya, Kamus Pelajar merakamkan ejaan stoking dan jika dilihat kebanyakan data ialah stoking, amat sedikit data tentang stokin.Ejaan11.04.2015
Kita sering kali nampak perkataan singkatan Bahasa Inggeris bitanda dengan tanda baca noktah, apakah peraturan umum penempatan tanda baca noktah Bahasa Inggeris digunasama bagi Bahasa Bangsa Malaysia? Contoh: Mr., Bagagaimana dengan En? En. Atau En ? Terima Kasih.

Penggunaan noktah dalam apa yang saudara maksudkan adalah sama. Dalam bahasa Melayu, kata yang diringkaskan perlulah dibubuh noktah, contoh: tuan = tn.  telefon = tel.  puan = pn.  dan sebagainya.

Tatabahasa04.05.2009
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan.1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan.
3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt.
Istilah28.04.2012
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi.

Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi.

 

Tatabahasa11.11.2009
Semasa saya mengajar di Sabah dahulu, sering kali saya terbaca perkataan "meraru" dan "kudapan" dalam atur cara majlis untuk makan atau minum. Apakah maksud dengan perkataan tersebut dan ketika mana patut digunakan. Untuk minum petang pula apakah perkataan yang boleh digunakan. Sekian, tqMakna perkataan "merarau" ialah makan tengah hari, manakala kudapan ialah snack atau dengan kata nama lain digunakan bagi minum pagi atau minum petang dengan kuih muih. Harap maklum.Makna24.10.2007
Soalan: Apakah terjemahan “asam gelugur” dalam bahasa Inggeris? Sering kali dijumpai dalam buku masakan dan di internet bahawa “tamarind slices” adalah “asam gelugur”. Ini sangat mengelirukan kerana istilah “tamarind” adalah merujuk kepada asam jawa yang datangnya dari pokok asam jawa, bukannya pokok gelugur. Harap DBP dapat berikan penjelasan. Terima kasih.​Tiada padanan yang tepat bagi istilah asam gelugur dalam bahasa Inggeris kerana istilah sumbernya merupakan istilah tempatan.Istilah03.11.2023
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan.Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih.Lain-lain03.10.2016
Apakah kata kerja yang sesuai untuk menggambarkan "aaa..." dan "umm..." yang sering kali disebut pada permulaan ayat percakapan? Adakah padanan bagi "ohh" (maklum balas terhadap sesuatu yang diucapkan) ialah "mengiakan"?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, aaa… merupakan bahasa basahan yang digunakan untuk menyatakan persetujuan, rasa ragu-ragu, hairan atau terlupa akan sesuatu, ataupun untuk memberikan amaran dan lain-lain, contoh ayat “Nama bukunya aaa…, nanti saya cuba ingatkan!” atau “Aaa …, ya, ya mereka itu,” tingkah Sang Nila. Oleh itu, perkataan aaa… perlulah digunakan secara bersesuaian dengan maksudnya.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan hmm boleh digunakan bagi menggambarkan perbuatan menggumam, iaitu menahan suara, tawa dan sebagainya di dalam mulut.

Perkataan oh merupakan kata seru dan digunakan untuk menyatakan rasa hairan, terkejut atau pelik. Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan aaa… boleh digunakan untuk menyatakan persetujuan atau haah boleh digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan, dan bermaksud ya.


Lain-lain26.09.2021
12345

Kembali ke atas