Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.kap] | سرکڤ

Definisi : 1. sj alat utk menangkap ikan (diper-buat drpd buluh, rotan atau bemban) yg ber-bentuk spt kelongsong dan terbuka hujungnya; 2. sj alat utk menyungkup ayam (diperbuat drpd buluh dll); ~ jarang ki menuduh (meneka dll) dgn sembarangan sahaja; menyerkap 1. menangkap ikan dgn meng-gunakan serkap: tiap-tiap petang Ani mengikut bapa angkatnya ~ ikan di sawah; 2. = menyerkapi menyungkup atau mengu-rung dgn serkap (ayam dll); 3. menyerang (menyerbu, memerangkap) dgn tiba-tiba: ia diserkap secara tiba-tiba oleh musuhnya; terserkap sl dgn tiba-tiba atau mengejut (serangan dll): maka datanglah ia dgn ~, tiada sempat Yang diPertuan Muda berbuat kubu lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.kap] | سرکڤ

Definisi : 1 alat berbentuk spt kelongsong yg dibuat drpd buluh dll dan diguna­kan utk menangkap ikan. 2 alat yg dibuat drpd buluh dll utk mengurung ayam. ~ jarang ki tuduhan yg dibuat secara agak-agak saja. menyerkap 1 menangkap atau mengurung dgn serkap: Saya selalu mengikut bapa saya pergi ~ ikan di sawah. 2 menyerang atau menyerbu dgn tiba-tiba: Maka Hollanda pun ~ kubu Encik Ibrahim lalu berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serkap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud simpulan bahasa bagi serkap jarang? saya sudah mencari di dalam kamus tapi tiada ,jadi saya berharap agar DBP boleh membantu saya .terima kasihMaksud  simpulan bahasa "serkap jarang" ialah menuduh (meneka dan lain-lain) secara sembarangan atau agak-agak sahajaMakna12.06.2016
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembangJawapan betul- No. 1 dan (b)
Makna16.08.2016
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Assalammualaikum & Salam sejahtera Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di sarawak. Saya ingin tahu dari manakah asal usul simpulan bahasa berikutdan apakah cerita di sebalik setiap simpulan bahasa itu. anak emas tangkai jering mati katak pisau cukur ajak-ajak ayam malu-malu kucing ringan tangan serkap jarang durian runtuh otak udang segala bantuan amat saya hargai, sekian terima kasih :)Soalan ini sudah dijawab.Lain-lain21.02.2010

Kembali ke atas