Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ro.kan] | سيروقن

Definisi : (sérokan) 1. teluk kecil (yg terdapat di sungai-sungai atau di pantai laut); 2. aliran air (di sawah), parit; serok III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ro.kan] | سيروقن

Definisi : /sérokan/ 1 teluk kecil yg terdapat di sungai-sungai atau di tepi laut. 2 parit yg mengalirkan air ke sawah; tali air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serokan
Rujuk :teluk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAUNTI DOWN

Kaunti Down ialah salah sebuah daripada

enam buah kaunti di Ireland Utara. Kaunti ini

terletak di antara serokan laut Belfast Lough dan

serokan laut Carlingford Lough, dan dikelilingi Laut

Irish di sebelah tenggara.

UMUM 
TELUK NAPLES

Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian,

yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk

ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di

sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam

berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai

barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32

kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point

Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh

kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar).

UMUM 
TELUK MORETON

Teluk Moreton ialah serokan yang besar di

pantai tenggara Queensland, Australia, kira-kira 29

kilometer dari Brisbane. Teluk Moreton

mempunyai pelabuhan di Sungai Brisbane

membentuk pintu masuk. Tiga buah pulau besar,

iaitu Bribie, Moreton dan Stradbroke Utara

mengelilingi sebahagian teluk ini. Pulau-pulau ini

merupakan kawasan pelancongan yang terkenal.

Pulau Stradbroke mempunyai mendapan mineral

pasir yang penting. Pulau Moreton dikenali dengan

bukit pasirnya, kadangkala ketinggiannya mencapai

275 meter.

UMUM 
TELUK JERVIS

Teluk Jervis ialah serokan di pantai New South

Wales, Australia. Kerajaan Persekutuan mempunyai

hak terhadap teluk tersebut dan kawasan seluas 73

kilometer persegi di sekelilingnya. Tentera Laut

Australia menggunakan teluk berkenaan sebagai

sebuah pangkalan bagi kapal mereka. Pada tahun

1915, New South Wales menyerahkan kuasa

terhadap kawasan tersebut kepada kerajaan

persekutuan untuk dijadikan sebuah pelabuhan

bagi Wilayah Persekutuan Australia.

UMUM 
AUSTRALIND

Australind ialah sebuah kawasan serokan di

Leschenault, yang terletak kira-kira 145 kilometer di

selatan Perth, Australia. Australind terkenal sebagai

tempat yang tidak berjaya diduduki pada tahun

1841 dan tahun 1845. Terpengaruh dengan teori

Edward Gibbon Wakefield, ahli perniagaan di

London menubuhkan Syarikat Australia Barat dan

membeli tanah tersebut. Mereka kemudian

menjualnya sebagai tanah pertanian kepada orang

yang hendak menaklukinya, dan menggunakan

wang tersebut untuk membayar kos perpindahan

buruh. Penduduk pertama yang menduduki tanah

tersebut mendapati kawasan tersebut tidak sesuai

untuk pertanian. Dalam tempoh lima tahun,

Australind telah ditinggalkan.

UMUM 
TIRAM

Tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang

terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan

beriklim sederhana hingga iklim tropika. Tiram

mempunyai badan yang lembut dan boleh

dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping

cangkerang keras. Cangkerang ini biasanya bertepi

tajam dan tidak sekata bentuknya. Tiram hidup di

dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya

tenang dan tidak dalam.

UMUM 
SELAT MILFORD

Selat Milford, di pantai barat Pulau Selatan,

New Zealand, ialah salah satu tarikan pelancong

yang paling terkenal di negara itu. Tebing batu

yang curam dan tinggi menjadikannya selat

(serokan laut) yang paling hebat di kawasan

tersebut.

UMUM 
ATLANTIC INTRACOASTAL WATERWAY

Atlantic Intracoastal Waterway (Jalan Air

Intrapantai Atlantik) ialah jalan air terlindung yang

digunakan oleh bot di sepanjang Pantai Atlantik di

Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada satu siri

sungai, muara, teluk, selat, dan serokan, yang

hampir kesemuanya dihubungkan oleh terusan.

UMUM 
TAMPA

Tampa, Florida (pend. 280 015) ialah bandar

pelabuhan yang utama di Amerika Syarikat, pusat

perdagangan dan industri dan bandar yang ketiga

terbesar di Florida. Ia terletak di barat daya pantai

Teluk Tampa, iaitu serokan Teluk Mexico.

Pelabuhan Tampa mengendalikan lebih banyak

kargo daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Florida,

iaitu kira-kira 45 juta tan metrik setahun. Eksport

tahunannya termasuk sembilan juta tan metrik bijih

fosfat dari lombong berdekatan. Kumpulan kapal

nelayan yang berpangkalan di Tampa menangkap

udang dan lain-lain hasil laut dalam jumlah yang

banyak.

UMUM 
ANCHORAGE

Anchorage(pend. 226 338) ialah bandar yang

terbesar dan pusat pengangkutan utama di negeri

Alaska, Amerika Syarikat. Ia juga merupakan pusat

pentadbiran industri minyak negeri ini serta pusat

pertahanan Amerika Syarikat. Anchorage terletak di

Serokan Cook di selatan tengah Alaska. Untuk

lokasinya, lihat Amerika Syarikat (peta politik).

UMUM 
12

Kembali ke atas