Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ro.no/] | سرونوق

Definisi : perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, ber­senang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa se­ronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ro.no/] | سرونوق

Definisi : dpt menyenangkan atau me­nyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menya­mankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleasure centrepusat seronok/ nikmatBiologiFisiologiKawasan di dalam otak seperti septum, nukleus ventromedial-hipotalamus dan berkas tengah otak hadapan, yang apabila dirangsangkan, akan memberi rasa seronok/nikmat.
primary emotionemosi primerPsikologiPsikologi UmumEmosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut.
fun-orientedberorientasi seronokPendidikanTiadaTiada
الإستمتاعbercumbu mesraAgama IslamFiqhBerseronok-seronok dengan isteri/hamba.
audience reactionreaksi penontonKesenianDrama dan TeaterTindak balas yang diperlihatkan oleh penonton semasa menyaksikan pementasan teater. Reaksi ini boleh memberikan kesan emosi kepada penonton seperti sedih, marah atau seronok dan juga memberikan kesan timbal balik kepada pelakon di atas pentas bersesuaian dengan aksi yang dimainkan.
borrowed interestdaya tarikan tumpangKomunikasiKorporatKaedah menggunakan daya tarikan pada sesuatu subjek lain sebagai tumpangan bagi menyediakan strategi kreatif pengiklanan. Strategi tersebut digunakan untuk menguasai perhatian khalayak dan menghasilkan rasa seronok atau menyukai sesuatu subjek setelah terdedah kepada pengiklanan berkenaan. Contoh subjek yang mempunyai daya tarikan semula jadi ialah kanak-kanak,binatang kesayangan, wanita panorama, dan makanan. Penggunaan subjek ini boleh menimbulkan rasa sayang, simpati, dan empati. Subjek ini boleh menjadi lambang yang membawa nilai yang sesuai dengan barangan yang diiklankan dan falsafah syarikat. Prinsip yang sama diguna pakai apabila menggunakan daya tarikan yang terdapat pada individu yang terkenal dan popular.
emotional appealpemikat perasaanKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun, serta warna dan muzik yang lembut boleh juga meruntun perasaan khalayak. Contoh unsur perasaan yang negatif pula ialah sedih, marah, benci, dendam, takut, bimbang, dan kecewa. Selain itu, suasana perang, kilat, ombak besar, musim tengkujuh, dan kebakaran juga boleh meruntun perasaan khalayak secara negatif.

Kembali ke atas