Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta;

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dan kegunaan antara imbuhan akhiran -i dan -kan serta digunakan serta peraturan tatabahasanya? Contoh: Tolong sudahi / sudahkan tugasan yang diberi oleh guru tadi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan mengikut sistem tatabahasa?Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.01.2012
Adakah perkataan "dan" perlu digunakan terlebih dahulu dalam ayat sebelum perkataan "serta" boleh digunakan? Sebagai contoh, pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang serta berwawasan. Sekiranya penggunaan kata "dan" dan "serta" ditukar tempat bagi contoh ayat di atas, adakah ayat masih betul? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan jika perkataan "serta" boleh berdiri sendiri dalam ayat tanpa kehadiran perkataan "dan" dalam ayat. Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang dan berwawasan. Perlu menggunakan "dan" pada kedua-dua frasa tersebut kerana frasanya terpisah dan tidak mengikuti.

Perkataan “serta” boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran kata “dan” mengikut konteks dan maksud ayat. Kata serta memberi pengertian turut melakukan perkara lain, atau "dan juga". Contohnya, Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. Contoh lain ialah Jawatankuasa kampung serta masyarakat setempat perlu bekerjasama dalam menangani aktiviti penyeludupan senjata api di kawasan terbabit.
Tatabahasa01.06.2021
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta?Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa08.03.2013
Apakah perbezaan penggunaan antara " dan" dengan "serta"? Terima kasih.Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa18.02.2013
bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung (dan) dengan (serta)?Penggunaan kata hubung "dan" dan "serta" berdasarkan makna yang terakam dalam kamus. Kata dan digunakan apabila menyambung dua perkataan atau ayat, manakala kata serta digunakan bagi menggantikan maksud dan juga.Tatabahasa07.03.2013
Apakah perbezaan antara "dan" dengan "serta"?Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Tatabahasa21.12.2013
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita

Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai;

Makna22.07.2010
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih.Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut.Tatabahasa03.02.2013
saya serta gabungan empat persatuan telah bersetuju bergabung dan ingin mementaskan sebuah karya baru yang mengangkat seni warisan melayu silat khususnya. jadi dapatkah kiranya kerja sama dari pihak DBP dari segi panggung dan nasihat untuk merialisasikan perjuangan ini.

Untuk maklumat dan nasihat berkaitan dengan pementasan karya sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP.  Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Baidari Evadarweena binti Basri melalui nombor telefon 03-2147 9130 atau e-mel baidari@dbp.gov.my.

Lain-lain03.03.2014
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    12345678910...

    Kembali ke atas