Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta;

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT JOHOR SERTA PAHANG SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
SUTTON

Sutton (pend. 164 300) ialah bandaran dalam

kawasan utama kota London. Ia terletak di sempadan

selatan kota London di utara Surrey. Sutton terdiri

daripada dua bekas “boroughs” Beddington dan

Wallington, dan Sutton serta Cheam; serta daerah

bandar lama Carshalton. Sutton sebuah bandaran

kediaman dan ramai penduduknya bekerja di

London. Terdapat beberapa tempat bersejarah di

Sutton, seperti Gereja All Saints di Carshalton yang

dibina pada tahun 1100-an. Perpustakaan awam di

Sutton merupakan satu daripada perpustakaan yang

termoden di United Kingdom.

UMUM 
SAINS BUMI

Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal

usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan

dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera

dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat

luas yang menggabungkan banyak bidang

pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi,

meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 
MUHAMMAD IBN SA‘D

Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli

hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy.

Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta

daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain

lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua

orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq

al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan

pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath

menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al-

Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya

diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al-

Nasa’iy dan Ibn Majah.

UMUM 
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak

yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan

hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu

bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak-

kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta

ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya

mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan

bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke

hadapan dan ke belakang.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
ORANG HUN

Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka

berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada

tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin

mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir

memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat.

UMUM 
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas