Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 meng­ikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustri­an. peserta orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi. 2 = berserta 1 bersama dgn; dgn: Perdana Menteri ~ tiga orang pegawai kanan kerajaan telah berlepas ke Bangkok semalam. 3 dan juga; dan: Beliau memang baik hati ~ jujur. ~-merta pd ketika itu juga; tidak bertangguh-tangguh lagi; segera. berserta 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. menyertai 1 mengikut serta; turut bersama: Saya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
instantadj 1. immediate, (dgn) serta-merta: to get an ~ response, mendapat jawapan serta-merta; her latest novel was an ~ success, novel terbarunya mendapat kejayaan dgn serta-merta; take an ~ /liking, dislike/ to /so., st/, terus /menyukai, tdk suka akan/ /sso, sst/: my mother took an ~ liking to him, ibu saya terus menyukainya; 2. urgent, segera: the children are in ~ need of help, kanak-kanak itu memerlukan pertolongan segera; 3. (of food) segera: ~ coffee, kopi segera; ~ noodles, mi segera; 4. usu inst., (becoming rare), (bulan) ini: on the 15th inst., pd 15 hari bulan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instantaneousadj (dgn) serta-merta: the bullet penetrated his head and death was ~, peluru itu menembusi kepalanya dan dia mati dgn serta-merta; the injection had an ~ effect, suntikan itu mempunyai kesan yg serta-merta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
on-the-spotadj serta-merta: ~ appraisal, penilaian serta-merta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bawdyadj /lucah, cabul/ serta lucu: ~ stories, cerita-cerita yg lucah serta lucu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instantlyadv (without the least delay), (dgn) serta-merta; (as soon as) sebaik sahaja: he came ~, dia datang dgn serta-merta; “you’re a coward!” he said and ~ regretted it, “kamu pengecut!” katanya dan sebaik sahaja dia mengeluarkan kata-kata itu dia menyesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ in on, menyertai, ikut serta dlm: he has not decided whether he would ~ in on the venture, dia belum membuat keputusan sama ada dia akan ikut serta dlm usaha itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
partake 2. participate in activity, /ikut, turut/ serta: they went to the bride’s house to ~ in the celebrations, mereka pergi ke rumah pengantin perempuan utk turut serta dlm majlis perkahwinan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
count 1~ os in, sso mahu ikut serta: if you’re getting the newly-weds a present, ~ me in, jika kamu hendak membelikan pasangan pengantin baru itu hadiah, saya mahu ikut serta; ~ so. in, mengikutsertakan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spot on the ~, a. immediately, serta-merta, terus, pd masa itu juga: if you break any of these rules, you’ll be expelled on the ~, jika kamu melanggar peraturan-peraturan ini, kamu akan dibuang serta-merta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
throw~ o’s hat into the ring, ikut serta, melibatkan diri: only when the local council threw its hat into the ring was there any certainty about the new housing development, hanya apabila majlis tempatan ikut serta, baru ada kepastian ttg projekKamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas