Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 meng­ikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustri­an. peserta orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi. 2 = berserta 1 bersama dgn; dgn: Perdana Menteri ~ tiga orang pegawai kanan kerajaan telah berlepas ke Bangkok semalam. 3 dan juga; dan: Beliau memang baik hati ~ jujur. ~-merta pd ketika itu juga; tidak bertangguh-tangguh lagi; segera. berserta 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. menyertai 1 mengikut serta; turut bersama: Saya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT JOHOR SERTA PAHANG SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
SUTTON

Sutton (pend. 164 300) ialah bandaran dalam

kawasan utama kota London. Ia terletak di sempadan

selatan kota London di utara Surrey. Sutton terdiri

daripada dua bekas “boroughs” Beddington dan

Wallington, dan Sutton serta Cheam; serta daerah

bandar lama Carshalton. Sutton sebuah bandaran

kediaman dan ramai penduduknya bekerja di

London. Terdapat beberapa tempat bersejarah di

Sutton, seperti Gereja All Saints di Carshalton yang

dibina pada tahun 1100-an. Perpustakaan awam di

Sutton merupakan satu daripada perpustakaan yang

termoden di United Kingdom.

UMUM 
SAINS BUMI

Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal

usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan

dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera

dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat

luas yang menggabungkan banyak bidang

pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi,

meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 
MUHAMMAD IBN SA‘D

Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli

hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy.

Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta

daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain

lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua

orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq

al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan

pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath

menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al-

Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya

diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al-

Nasa’iy dan Ibn Majah.

UMUM 
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak

yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan

hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu

bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak-

kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta

ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya

mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan

bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke

hadapan dan ke belakang.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
ORANG HUN

Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka

berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada

tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin

mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir

memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat.

UMUM 
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas