Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana satu betul? Bolehkah perkataan"adalah" digunakan sebelum kata kerja "berkuat kuasa"? Mohon penjelasan. 1) Arahan ini adalah berkuat kuasa dengan serta merta. 2) Arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta.Ayat yang gramatis ialah "Arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta".Tatabahasa03.05.2013
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011
maksud banjir kilat mengikut kamus DBPMaknanya ialah banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.08.2009
Assalamualaium tuan, Saya ingin bertanya istilah perkataan semerta. Contoh penggunaannya.Semerta bermaksud tanpa berlengah-lengah, serta-merta. Contoh penggunaan ayat ialah Pemulihan boleh diadakan secara semerta dalam bilik darjah.Istilah25.12.2021
Saya sedang menterjemah istilah liguistik yang terpakai dalam bahasa Poland. Apa perkataan sesuai bagi "semelfactive" dalam linguistik Bahasa Melayu?Menurut merriam-webster.com, maksud semelfactive ialah Instantaneous atau Momentary. Maksud  Instantaneous  bermaksud serta-merta, segera atau seketika manakala momentary bermaksud sejenak atau seketika.Makna12.01.2020
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008
Assalamulaikum dan Salam Ramadhan. Saya ingin menanyakan mengenai KATA ADVERBA yang baru dimasukkan dalam TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Saya kurang memahami mengenai Kata Adverba dan kekadang saya amat keliru dengan kata baharu tersebut

Kata Adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja (Beliau selalu memperkatakan hal itu), kata adjektif (Badannya sentiasa sihat), atau frasa sendi nama (Kami serta-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim)

Tatabahasa05.09.2008

Kembali ke atas