Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.vis] | سرۏيس

Definisi : 1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dlm permainan badminton, tenis, skuasy, dsb; 2. bp khidmat, perkhid­matan: ~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; 3. tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dsb sesebuah jentera, kereta, dsb supaya dapat beroperasi dgn baik dan selamat: pusat ~ kereta; syarikat itu akan memberikan ~ percuma utk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli drpd syarikatnya; ~ kilas servis yang dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian bela­kang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan; ~ kuda teknik hantaran (sepakan) pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki; menservis membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya sudah perlu diservis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.vis] | سرۏيس

Definisi : 1 pukulan pertama atau giliran pemain memukul bola kpd pihak lawan (dlm permainan badminton, tenis dsb). 2 kerja-kerja menyenggara, membaiki kenderaan, jentera dsb. ~ kilas servis yg dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan. ~ kuda teknik hantaran atau sepakan pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki. menservis menyenggara, membaiki atau membuat supaya (enjin, jentera dll) berada dlm keadaan yg baik utk digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata servis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasihPadanan 1 dan 2 sesuai.
3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya
4.  Pusat Servis Perodua 1 Klang
5.  Pusat Servis Perodua 2 Klang 
Lain-lain24.11.2015
Semakan kegunaan bahasa Malaysia dalam iklan HoardingPerkataan yang betul ialah Kediaman Servis. Sekiranya rumah jenis kondominium atau apartment, boleh juga diberi nama Apartment Servis atau Kondominium Servis.Tatabahasa14.03.2014
Ingin tanya mengenai menterjemah dokumen saya dari bahasa malaysia kepada english. Soalan berikut: 1) Adakah DBP memberi servis berikut? 2) Berapa caj untuk servis penterjemaahan? 3) Apakah waktu buka & tutup bahagian penterjemahan? 4) Servis 'Certified True Copy' juga diperlikan untuk penterjemahan. Adakah servis disediakan? Berapa caj? Terima Kasih.Kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian sama ada secara percuma atau tidak. Jika saudara memerlukan perkhidmatan tersebut, saudara bolehlah menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (21424381) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (41497210)tetapi saudara perlu membayar kos penterjemahan tersebut.Lain-lain02.06.2008
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 4. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 5. TADIKA 6. PASAR MINI TERIMA KASIH.1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA:

ڤوست ممباءيقي ڤڽامن اودارا

2. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT ALAT GANTI DAN SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤوست الت ݢنتي دان سرۏيس لوري دان بس

3. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PENJUAL ALAT GANTI DAN PUSAT SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤنجوال الت ݢنتي دان ڤوست سرۏيس لوري دان بس   

4. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT JUALAN DAN SERVIS LORI. Teks jawinya ialah ڤوست جوالن  دان سرۏيس لوري

5. TADIKA:

تاديکا

 6. PASAR MINI: 
  ڤاسر ميني

 

 

Ejaan05.12.2019
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 4. TADIKA TERIMA KASIH.1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA = ڤوست ممبأيقي ڤڽامن اودارا كريتا
2. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL ALAT GANTI LORI DAN BAS = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال الت ڬنتي لوري دان بس
3. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL LORI = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال لوري
4. TADIKA = تاديكا
Lain-lain10.12.2019
Alami Transformasi Perodua Memperkenalkan Perodua Sentral, cawangan utama pusat jualan dan servis terunggu Perodua. Alami khidmat jualan dan servis serba baru untuk kereta Perodua anda. Semuanya dalam satu di premis yang pertama seumpamanya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan atau servis, sila hubungi 03-79474600.Untuk mendapat sijil pengesahan bahasa,  sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain09.04.2015
PUSAT SERVIS TAYAR DAN KERETAUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila layari laman web berkenaan dan daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan.Lain-lain27.09.2017
residence servisSila kemukakan soalan menggunakan ayat yang betul. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, dan tatabahasa.
Lain-lain17.09.2013
Pusat Pemasangan dan Servis Kenderaan NGVPusat Pemasangan dan Servis Kenderaan NGVTatabahasa09.07.2008
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasihAyat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".

Lain-lain31.12.2015
1234567

Kembali ke atas