Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sat] | سست

Definisi : 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), me­nyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, ter­langkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar­benar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan ke­sesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sat] | سست

Definisi : 1 tidak mengikut jalan yg betul; tersalah jalan: Malu bertanya ~ jalan. 2 tidak mengikut ajaran yg benar; menyimpang dr kebenaran: Sebelum datang Islam, mereka telah hidup beberapa lama dlm agama yg ~. ~ barat a. sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar. b. kelam-kabut dan tidak dpt menyelesaikan sesuatu masalah. menyesatkan menyebabkan menjadi sesat: Jalan yg berliku-liku ini tentu akan ~ kita. tersesat 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. kesesatan perihal atau keadaan sesat: Mereka berusaha utk keluar dr ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesat
Kata Terbitan : tersesat, menyesatkan, kesesatan, penyesatan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sesat di hujung jalan,
     balik ke pangkal.

Bermaksud :

Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
astrayadj & adv (ter)sesat, salah jalan; go ~, (ter)sesat, salah jalan; (in o’s calculations) tersalah kira: if you follow the path you will not go ~, kalau kamu ikut lorong itu kamu tdk akan sesat; you have gone ~ somewhere in your calculations, kamu telah tersalah kira; lead so. ~, a. menyebabkan sso sesat; b. (fig.) menyesatkan sso: she was led ~ by her so-called friend,dia disesatkan oleh orang yg dianggapnya sbg kawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lostget ~, a. lose o’s way, sesat: the boy scouts got ~ in the jungle, pengakap-pengakap itu sesat dlm hutan; b. (colloq) go away, berambus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hereticaladj menyeleweng, sesat: ~ beliefs, kepercayaan yg menyeleweng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lostadj 1. unable to be found, hilang: the ~ ark, bahtera yg hilang; 2. unable to find o’s way, sesat: if you’re ~, there’s only one thing to do – look for a policeman, jika kamu sesat, satu-satunya perkara yg boleh dibuat – carilah polis; 3. helpless, patah kaki: he is ~ without his crutches, dia patah kaki tanpa tongkat ketiak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heresyn bidaah yg /menyeleweng, sesat/: Martin Luther was excommunicated for ~, Martin Luther dikucilkan krn bidaahnya yg menyeleweng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cheepvi bercip, menciap: a lost chick ~ing for its mother, anak ayam yg sesat itu menciap memanggil ibunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damnableadj 1. deserving damnation, patut /dilaknat, dikutuk/: ~ heresies, bidaah yg sesat yg patut dikutuk; 2. utter, hateful, semata-mata, betul-betul: ~ lies, bohong semata-mata or betul-betul bohong; 3. (colloq) detestable, teruk: the ~ weather is getting me down, cuaca yg teruk membuat saya muram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stray2. happening here and there, isolated, beberapa + approp n + sahaja; (of bullet) sesat: over the last ten years, only a few ~ cases of the disease have been reported, sepanjang sepuluh tahun yg lalu, hanya beberapa kes sahaja ttg penyakit itu yg telah dilaporkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mazen 1. network of hedges or paths designed to puzzle, a. pagar sesat; b. (fig.) berselirat: a ~ of winding streets, jalan berliku-liku yg berselirat; 2. confused collection or complicated mass,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ to, mengikut: ~ to the road or you’ll get lost, ikut jalan itu, kalau tdk kamu akan sesat; we will ~ to the plan agreed upon, kami akan mengikut rancangan yg telah kita setujui; ~ to the left, ikut kiri; ~ to the point,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas