Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : , sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesekali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. adakah perkataan "sesekali" dan "sekeliling" termasuk dalam kata ganda separa?

Kata "sesekali" merupakan Kata Adverba dan bukan Kata Ganda Separa.

Kata "sekeliling" merupakan Kata Nama dan bukan Kata Ganda Separa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1996 dan 1023.

Lain-lain15.01.2024
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan “jangan pernah” dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan.

Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali...

Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
Tatabahasa17.01.2013
apakah maksud/definisi "warga tua tidak wajar diletakkan di rumah kebajikan"?

Maksud yang dapat kami fikirkan ialah sebagai anak yang telah dibesarkan dan dipelihara sejak kecil oleh kedua-dua ibu bapa seharusnya apabila mereka tua adalah menjadi tangungjawab kita pula untuk menjaga mereka dan janganlah sesekali kita menghantar mereka ke rumah  kebajikan atau rumah jagaan orang tua-tua.     

Tatabahasa15.02.2009
MAKSUD SURAMSuram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; Makna02.10.2010
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan sama ada padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut adalah tepat dan bersesuaian dalam konteks ayat: (a) casual purchases “Casual purchases may be made by the Head of Division for an amount not exceeding $10,000 in respect of any item or class of related items.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “casual purchases” ialah “belian sambilan” (b) Accepting Authority “The Quotations Committee shall receive, open and analyse all quotations and shall make recommendations in writing to the Accepting Authority. The Committee shall also submit to the Accepting Authority all quotations received.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “ Pihak Berkuasa Penyetuju Terima” (c) Government Central Contact “Notwithstanding the provisions of these By-Laws, where it is deemed to be of benefit to the Authority, the Authority may participate in the Government Central Contract.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “Kontrak Pusat Kerajaan” Mohon nasihat dan pandangan tuan.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1) Casual Purchases: Pembelian Sambilan/Pembelian Sesekali

2) Accepting Authority: Pihak Berkuasa Penerima

3) Government Central Contact: Kontrak Pusat Kerajaan

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah11.04.2022

Kembali ke atas