Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.o.rang] | سسأورڠ

Definisi : mana-mana orang; sesiapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(92)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana caranya seseorang memanggil seseorang yang namanya bermula dengan Pengiran? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Mulia?Yang Mulia.Istilah23.11.2010
Mencederai seseorang atau mencederakan seseorang yang betul penggunaannya?Kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang hendak dimaksudkan. Walau bagaimanapun, perkataan “mencederai” merujuk perbuatan mendatangkan cedera kepada seseorang atau sesuatu tanpa sengaja. Tatabahasa25.06.2023
Manakah yang betul: berhutang kepada seseorang atau berhutang dengan seseorang?Frasa yang lebih tepat ialah "berhutang dengan seseorang".Tatabahasa08.12.2017
Salam 1Malaysia, Frasa 'belajar kepada seseorang' dan 'menuntut ilmu kepada seseorang' yang saya temukan dalam Kamus Dewan agak mengelirukan saya. Persoalannya, adakah kata sendi nama 'kepada' mematuhi sistem bahasa baku? Jika betul, apakah maksudnya? Sekian, terima kasih. KAY SEVENBerdasarkan laman ini, seseorang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepada+seseorang , tiada ditulis ayat "belajar kepada seseorang" dan menuntut ilmu kepada seseorang" sebagaimana yang didakwa oleh saudara. Sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "daripada" -->  Belajar daripada seseorang.  Menuntu ilmu daripada seseorang.Lain-lain15.04.2014
Berikan perbezaan antara memperisteri dengan memperisterikan

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh : Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.

 

Tatabahasa13.05.2008
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"?Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2012
Salam sejahtera, Sehubungan dengan penjelasan pihak tuan berhubung dengan perkara yang tertera di bawah, yakni "berdasarkan laman ini, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepada+seseorang , tiada ditulis ayat "belajar kepada seseorang" dan menuntut ilmu kepada seseorang" sebagaimana yang didakwa oleh saudara. Sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "daripada" --> Belajar daripada seseorang. Menuntu ilmu daripada seseorang" sila rujuki laman ini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berguru. Sekian.Penggunaan kata yang betul dalam kedua-dua frasa tersebut ialah daripada, "belajar daripada seseorang" dan "menuntut ilmu daripada seseorang". Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, manakala kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa16.04.2014
APAKAH MAKSUD YANG LEBIH TERPERINCI BAGI PERIBAHASA SETAHUN JAGUNG? DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SETAHUNSetahun jagung bermaksud seseorang yg masih muda usianya. Maksud setahun di sini ialah umur seseorang itu yg masih muda dan tidak mempunyai pengalaman yg banyak. Kebiasaannya peribahasa ini digunakan untuk membezakan seseorang yg matang, luas pengalaman, banyak ilmu pengetahuan dengan seseorang yg tidak atau kurang pengalaman atau sebagainya dalam konsep perbandingan antara seseorang dengan seseorang yg lain. T.kasih.Makna26.08.2008
Salam sejahtera. Frasa manakah yang betul? "Berjanji dengan seseorang" atau "berjanji kepada seseorang". Terima kasih.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah; di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi dan banyak lagi. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaanya ditentukan oleh peraturan khusus. 

Kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad, seperti Ali mengirim surat kepada Ahmad.

Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat, dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi nama “dengan” tidak boleh hadir bersama kata kerja.Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 271 dan 276.

Cadangan jawapan: “Berjanji kepada seseorang”.


Tatabahasa09.06.2020
'mengikut gred jawatan seseorang' atau mengikut Gred Jawatan seseorang'mengikut gred jawatan seseorang (gred jawatan bukan nama khas, tidak perlu ditulis dalam huruf besar)Lain-lain14.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas