Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : setengah-setengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih.Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain.Tatabahasa29.05.2017
Sesetengah harta benda yang dikumpulnya selama ini musnah dalam kebakaran itu. (Adakah sesetengah boleh digunakan untuk benda?) Kalau tidak, tolong betulkan ayat di atas. Ada guru bahasa Malaysia di sekolah saya mengatakan bahawa sesetengah boleh digunakan untuk manusia. Setelah saya rujuk Kamus Dewan, ayat dalam Kamus Dewan menunjukkan sesetengah digunakan untuk manusia. Ayat di atas merupakan soalan ujian pertengahan tahun bahasa Malaysia. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sesetengah bermaksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah. Oleh itu, sesetengah boleh digunakan untuk benda dan manusia. Sesetengah dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud "sebahagian daripada".Tatabahasa15.05.2012
Sesetengah guru bahasa Melayu mengatakan bahawa perkataan "terdapat" tidak sesuai digunakan untuk memulakan sesuatu ayat. adakah ia benar?Perkataan  "Terdapat" boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.Tatabahasa08.06.2019
Sesetengah "pakar bahasa' mengatakan bahawa "baharu"membawa maksud "new' dan "baru" pula bermaksud "just,just now',oleh itu,hanya "Tahun Baharu' boleh digunakan dan "Tahun Baru" adalah tidak baku.Betulkah kenyataan ini? sekian terima kasih. Lui Lep MingKata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Oleh yang demikian penggunaan 'Tahun Baharu' dan 'Tahun Baru' kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa19.02.2011
Apakah perbezaan antara "sesetengah" dan "sebahagian"?Sesetengah sama maksudnya dengan sebahagian, iaitu sebilangan datipada beberapa orang.Makna06.01.2014
salam sejahtera. Soalan: Arun dan kawannya berlatih bermain catur pada sesetengah petang. Adakah penggunaan kata bilangan "sesetengah" itu betul? Terima kasih.Perkataan "sesetengah" tidak betul digunakan dalan ayat tersebut dan boleh diganti dengan perkataan lain contohnya "waktu" petang / "sebelah"  petang.Tatabahasa24.07.2019
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain),  Setengah bermaksud separuh  atau seperdua.Tatabahasa09.04.2012
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA?Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda.Tatabahasa08.01.2014
Ada sesetengah laporan media menggunakan istilah "warganet" yang merujuk kepada "netizen". Adakah "warganet" boleh diguna pakai secara rasmi?Istilah warganet masih belum wujud dalam pangkalan data kami, merujuk kepada istilah bahasa Melayu daripada bidang teknologi maklumat, istilah netizen boleh digunakan.Istilah27.12.2018
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TKKeterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd..Tatabahasa13.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas