Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : setengah-setengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annulusanulusBiologiMikologiStruktur berbentuk cincin yang terdapat pada sesetengah cendawan agarik, di hujung sesetengah askus, dan di sekeliling bubil.
hemelytronhemelitronBiologiHistologi dan Sitologi1. Sayap hadapan sesetengah serangga yang separuh daripada hujungnya keras. 2. Elitron pada sesetengah Polychaeta. hemelitrum; hemielitron.
suckerpenghisapBiologiHistologi dan SitologiOrgan yang boleh mewujudkan vakum dan membolehkan sesetengah haiwan itu mencakup makanan dan pada sesetengah haiwan lain membolehkannya bergerak atau melekap.
allocripticalokriptikBiologiEkologiBerkaitan dengan perwarnaan tubuh organisma untuk mengelirukan musuh atau mangsanya. Misalnya, sesetengah krustasea menghiasai diri dengan rumpai laut, sesetengah serangga menutupi diri dengan kapur, pasir dan liken.
PC (personal computer)PC (komputer peribadi)Teknologi MaklumatTiadaKomputer untuk kegunaan satu orang yang asalnya dibina oleh IBM. PC berbeza dengan komputer dan kerangka utama. Kini sesetengah PC merupakan komputer peribadi dan digunakan oleh satu orang secara komputer tersendiri , sesetengah PC dirangkaikan ke LAN, dan sesetengah PC dijadikan pelayan.
antidoteantidotFarmasiFarmakologiBahan yang digunakan untuk mengatasi atau menawar sesuatu keracunan. Sesetengah keracunan mempunyai antidot. Contohnya, N-asetilsisteina ialah antidot untuk keracunan parasetamol. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah keracunan yang tidak mempunyai antidot. Contohnya, keracunan akonitina.
fovea centralisfovea sentralisBiologiFisiologiBahagian retina pada sesetengah vertebrat yang mempunyai lekukan ke dalam, ia merupakan titik penglihatan yang sangat penting. Ia tidak mempunyai serabut saraf, dan terdapat makula lutea pada manusia dan sesetengah primat.
cystolithsistolitBiologiHistologi dan Sitologi1 Jisim kalsium karbonat, kadang-kadang silika, yang terbentuk daripada dinding selulosa pada sesetengah tumbuh-tumbuhan tinggi atau daripada dinding sel epidermis yang telah terubahsuai pada sesetengah tumbuh-tumbuhan berbunga. 2 Kalkulus kencing.
antimetaboliteantimetabolitKimiaForensikSebatian organik yang melawan metabolisme,khususnya metabolisme baktelia yang menyebabkan penyakit. Sesetengah antimetabolit bertindak secara merencat enzim yang diperlukan oleh bakteria untuk pembesarannya. Sebatian ini dikenali sebagai antibiotik jika ia merupakan hasil sesetengah kulat atau strain semula jadi bakteria. Contoh antimetabolit yang kuat ialah dadah sulfa dan penisilin.
selective silencingpenyenyapan memilihBiologiGenetikMana-mana mekanisme yang sentiasa menyingkir plasmagen satu induk dari zigot. Misalnya, pemusnahan kloroplas atau DNA kloroplas dalam sesetengah alga atau pemusnahan mitokondria sperma dalam sesetengah haiwan.
12345678910...

Kembali ke atas