Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pemikiran nihilisme tidak sesuai tidak sesuai diterapkanBaharin RamlyBerita Minggu19.12.1993
Sesuai untuk bacaan kanak2 sekolahAdibah AminBerita Harian27.05.1982
Sesuai untuk pengkaji sasteraRadzuan GhazaliUtusan Malaysia03.03.2000
Sesuai untuk semua pelajarTiadaHarian Metro07.08.1991
Sesuai sebagai panduan bagi bakal guruMohd. Adsri HusainUtusan Malaysia06.05.1998
Sesuai sebagai panduan untuk menjadi cerpenisNordin SaadUtusan Malaysia22.04.1998
Sesuai untuk mahasiswaKhalid Abdul KadirHarian Metro15.01.1992
Sesuai Untuk Suami IsteriTiadaHarian Metro21.05.1992
Sesuai untuk suami isteriMuhd Nasruddin DasukiHarian Metro21.05.1992
Sesuai untuk bacaan kanak-kanakTiadaBerita Harian17.02.1990
12345678910...

Kembali ke atas