Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuat;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Membuat sesuatu perkara dengan seleweng-lewengnya tidak boleh diamalkan.Ayat ini betul?Jika salah bagaimana betulkan ayat itu...Ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah "Membuat sesuat perkara dengan sewenang-wenangnya tidak boleh diamalkan".  Tatabahasa12.11.2008
1. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'daripada' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Kurang 'daripada' tiga peratus 'daripada' air mentah yang wujud di muka bumi boleh didapati di tasik dan sungai manakala lebih 97 peratus adalah 'daripada' air bawah tanah. 2. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'dari' dan 'diperoleh' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya 'diperoleh' 'dari' sungai, empangan dan air bawah tanah. Semoga saya mendapatkan bantuan segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas respon yang diberikan.Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuat benda, dan perbezaan atau perbandingan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 269 untuk keterangan lanjut. Daripada contoh di atas penggunaan yang betul ialah "daripada" kecuali perkataan "diperoleh dari" sepatutnya "diperoleh daripada" kerana menunjukkan sumber.Tatabahasa08.01.2010

Kembali ke atas