Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuatu

Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(524)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Katakana sifir tiga kepada saya. Adakah ayat ini betul?Katakan bermaksud memberitahu sesuatu perkara/maklumat, menyatakan sesuatu pendapat dan menceritakan sesuatu tentang seseorang. Berdasarkan makna kata tersebut, ayat "Katakan sifir tiga kepada saya" kurang tepat. Tatabahasa11.09.2023
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan berkenaan perkataan "memperalat" dan "memperalatkan". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "memperalat"bermaksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)", manakala "memperalatkan" bermaksud "mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan". Namun dalam istilah "kedok" dan "berkedok", salah satu maksud yg diberikan ialah: mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu)menyamar (dgn memperalatkan sesuatu). Bolehkah "memperalatkan" juga digunakan untuk maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)"? Ini kerana daripada korpus dan banyak penulisan, kelihatannya perkataan "memperalatkan" lebih banyak menjurus kepada maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)". Sekian, terima kasih.Boleh. Data korpus terkini menunjukkan penggunaan "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 58) di bawah entri alat1.

Kata terbitan "memperalatkan" juga dirakamkan bagi maksud mengadakan alat untuk (seseorang) yang diletakkan di bawah entri alat2.

Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan "memperalat" berbanding "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Kata "memperalat" bagi maksud ini telah mantap dan terakam sejak Kamus Dewan 1970.
Makna22.03.2023
Mengapakah sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman ?
Sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman kerana kata dalam sesuatu bahasa itu hidup bersama-sama penuturnya. Penggunaan kata dalam sesuatu bahasa amat bergantung kepada masyarakat penutur atau penggunanya. Terdapat perluasan makna atau penyempitan makna berlaku setiap detik, hari, bulan, tahun, zaman dan sebagainya, mengikut konteks dan situasi kata bahasa itu dituturkan/digunakan. Pelbagai proses berlaku dalam perkembangan bahasa, termasuklah peminjaman dan penyerapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, kamus-kamus, glosari dan daftar istilah, buku-buku dan terbitan lain yang membekalkan maklumat tentang perkembangan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Lain-lain16.11.2023
Slm Sejahtera.. apakah maksud perkataan "cula" dalam ayat ini "En Abu mencula undi di kampungnya."Maksud perkataan cula dalam ayat tersebut ialah “Hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap sesorang atau sesuatu pada sesuatu masa. (Kamus Dewan PerdanaLain-lain18.04.2022
Adakah frasa "mengalihkan perhatian" betul? Sila jelaskan.

Frasa mengalihkan perhatian adalah betul. Mengalihkan bermaksud menjadikan sesuatu beralih daripada sesuatu keadaan sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 61.

Tatabahasa14.02.2024
Apakah terjemahan "weaponize"? E.g. She weaponized the pencil and stabbed the intruder to death. Secara kasarnya "weaponize" difahamkan sebagai menjadikan sesuatu atau mengubah sesuatu yang lazimnya bukan senjata menjadi senjata. Jika hendak diterjemahkan kepada satu perkataan, bolehkah "Persenjatakan" atau "Mempersenjatakan" digunakan?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, weaponized boleh diterjemahkan sebagai bersenjatakan.

Lain-lain15.06.2021
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.Lain-lain28.09.2021
Ketika hujan turun, panggil saya. Apabila hujan turun, panggil saya. Sama maksud ke?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "ketika hujan" ialah semasa hujan sedang turun, manakala "apabila" menyatakan makna pada masa yang sama seseorang melakukan sesuatu atau sesuatu berlaku, ketika, tatkala. Oleh itu, kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang sama.Makna26.06.2023
Adakah penggunaan "panggilan mesyuarat" bagi mengundang ahli mesyuarat menghadiri sesuatu mesyuarat tepat?

Frasa "panggilan mesyuarat" boleh digunakan kerana perkataan “panggilan” juga membawa maksud undangan atau jemputan untuk ke sesuatu tempat atau untuk menyertai sesuatu. (Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain27.09.2022
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas