Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuatu

Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(524)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
migrasimigrationPerpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya.Menengah Atas
pengapunganfloatProses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat RajahMenengah Rendah
penggandaanduplicationPenduaan sesuatu gen atau sesuatu segmen kromosom.Menengah Atas
peredaranrevolutionProses pergerakan sesuatu objek secara mengelilingi sesuatu. Contohnya, peredaran bumi mengelilingi matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
biojisimbiomassJumlah jisim semua hidupan atau organisma di sesuatu kawasan. Semakin besar sesuatu organisma itu, semakin tinggi pula nilai biojisimnya. Biojisim biasanya ditentukan oleh jisim kering organisma.Menengah Rendah
faktor pengehadlimiting factorFaktor sekitaran yang mengehadkan kadar sesuatu proses atau pertumbuhan sesuatu organisma atau populasi. Faktor ini biasanya berubah-ubah sejajar dengan perubahan persekitaran.Menengah Atas
lengkung pertumbuhangrowth curveGraf yang menunjukkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma dalam sesuatu tempoh.Menengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat RajahSekolah Rendah
rangsanganstimulusSesuatu yang mencetuskan tindakan dan menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi.Sekolah Rendah
melilittwineMelingkarkan sesuatu objek atau bahan menggunakan sesuatu seperti tali atau benang.Sekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas