Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.ka] | سسوک

Definisi : (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuka

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima?Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima.Makna10.07.2008
Salam, Adakah 'hentam kromo' dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Apakah maknanya? Apakah alasannya? Terima kasih.Mengikut buku Kamus Dewan, ‘hentam kromo’ dilabelkan sebagai bahasa pasar yang membawa maksud (1) memukul dengan hebatnya; (2) melakukan sesuatu dengan sesuka hati, tanpa pertimbangan lain yang wajar.Makna07.05.2014
Bolehkah perkataan 'membaham' digunakan dalam ayat di bawah? Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton.Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesuata perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Berdasarkan maksud tersebut, ayat "Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton" adalah betul.Tatabahasa26.08.2014
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan.Lain-lain16.08.2013
Apakah peribahasa yang sesuai untuk petikan di bawah? Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak.Menurut data kami, peribahasa yang sesuai ialah i. rumah siap pahat berbunyi iii. bagai menarik rambut dalam tepung. Manakala tiada jawapan ditemukan bagi soalan ii, sila rujuk kamus peribahasa.Lain-lain19.10.2018
Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.


Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya.
Lain-lain17.01.2024
Tuan bolehkah saya menambahkan 'tutukan suka duka ' ke dalam peribahasa ini? ( e.g.Turutkan hati mati, turutkan rasa binasa, turutkan mata leta, turutkan suka duka. )Kerana saya rasa suaranya sedap, dan sesuai dengan maksud peribahasa.Peribahasa yang betul ialah "Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati". Peribahasa ialah warisan daripada orang-orang lama dan tidak boleh diubah sesuka hati.Tatabahasa28.03.2015
Apa maksud 'pemantauan"?

Saudara,

Perkataan pemantauan bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah

1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

 

Makna22.07.2009
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'?1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita.  2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain".  3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut.Tatabahasa20.05.2009
ingin cari perkataan memantauMengikut Kamus Dewan "memantau" memberi makna = 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Makna26.06.2008
12

Kembali ke atas