Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.ka] | سسوک

Definisi : (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuka

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONTFORT, SIMON DE

Montfort, Simon de (1208?–1265), negarawan

dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan

kepada perkembangan kerajaan berparlimen di

England. Dia dikenal sebagai “Bapa Dewan Rakyat”.

Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh

sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort

ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal

kerana kesungguhannya untuk melaksanakan

pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah

ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort

mengetuai satu pemberontakan untuk

mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang.

Henry dan anaknya (kemudian Edward I)

mengangkat senjata untuk menentang, tetapi

Montfort menangkap kedua-duanya di

pertempuran Lewes pada tahun 1264.

UMUM 
PENYALIN MANUSKRIP

PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional.  Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional.  Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan.  Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya.  Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama.

SASTERAKegiatan

Kembali ke atas