Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.ngut] | سسوڠوت

Definisi : alat perasa yg menyerupai rambut dan terdapat pd beberapa jenis serangga dll: lipas mem­punyai sayap dan ~ yg panjang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.su.ngut] | سسوڠوت

Definisi : alat perasa yg berupa spt rambut (ter­dapat pd beberapa jenis serangga). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesungut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SESUNGUT

Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah

rosak di kepala hampir semua serangga dan

kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga,

lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang

sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam,

mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan

saudaranya tidak mempunyai sesungut.

UMUM 
KATYDID

Katydid ialah serangga besar hijau atau berwarna

perang yang mempunyai sesungut yang panjang.

Ia adalah sejenis belalang bertanduk panjang.

UMUM 
TENTAKEL

Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di

kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu.

Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan

atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur

menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa

sebagai makanan.

Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska

(Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong .

UMUM 
RIANG-RIANG

Riang-riang ialah serangga berwarna gelap,

berbadan berat. Ia mempunyai empat sayap yang

nipis, yang pada badannya boleh dilipat seperti

bumbung. Kepala riang-riang adalah lebar dengan

sesungut yang pendek, bak bulu kejur yang

dinamakan antena .

UMUM 
ANAI-ANAI

Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan

serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut.

Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini

tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan

semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya

yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat

berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian

mulut, sesungut, pinggang yang besar,

sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang

ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang

kecil dan sesungut bersiku.

UMUM 
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
SERA

Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar

lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus,

tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat

kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan

yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera

jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu.

Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada

waktu senja.

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas