Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tan.ding] | ستنديڠ

Definisi : sebanding, seimbang, setara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tan.ding] | ستنديڠ

Definisi : sama tanding; sebanding; setara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setanding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQSetanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta.Tatabahasa07.02.2012
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah?Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.  Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.02.2012
Tuan/Puan, Kami meminta jasa baik tuan puan untuk menyemak statement dibawah. "Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan untuk mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana utiliti bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan boleh dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan. kualiti kami." Jasa baik tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih.Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana kemudahan bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan.Tatabahasa08.05.2017
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015

Kembali ke atas