Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tar] | ستر

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kundang, rumia, Bouea macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Mohon pengesahan ejaan Jawi: Bandaraya Alor Setar Jika ejaan "bandaraya" sepatutnya " bandar raya", juga mohon penjelasan ejaan Jawi bagi: Bandar Raya Alor Setar Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah “BANDAR RAYA ALOR SETAR”. Ejaan Jawi bagi perkataan tersebut ialah باندر راي الور ستر . Walau bagaimanapun, bagi ejaan yang diwartakan, “bandaraya” dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lain-lain01.03.2023
Salam DBP, "Perpindahan" Cawangan Alor Setar atau "Pemindahan" Cawangan Alor Setar? Mohon pencerahan dan berikan contoh ayat untuk penggunaan perkataan kedua-duanya. Terima kasih.

Perpindahan ialah hal berpindah, perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. 

Ayat Perpindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar adalah ayat yang betul, jika tajuk pemakluman.

Pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan, mengalihkan, secara fizikal dipindahkan.

Contoh ayat: Pemindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar dari Jalan Desa ke Jalan Meranti akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018.

Makna13.02.2018
Kesesuaian ayat ini: i) Bagi memperkukuhkan imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan berkaliber. ii) memerlukan perancangan rapidTukar kepada:
i) Memperkukuh imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan stabil
ii) Memerlukan perancangan yang rapi
Lain-lain11.09.2017
Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik.

Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. 

Lain-lain27.06.2011
Pengurusan atasan Majlis Bandaraya Alor Setar juga mengiktiraf penyampaian minit Mesyuarat Kajian Semula pengurusan adalah juga penyampaian Keputusan Hasil Kajian Semula PengurusanSila nyatakan persoalan berkenaan bahasa Melayu dengan lebih jelas agar pihak kami dapat menjawab dengan baik dan betul. Lain-lain24.08.2022
KAMI AKAN BERTOLAK KE ALOR SETAR SEBENTAR LAGI. MACAM MANA TUKAR KE AYAT PASIF?Ayat "Kami akan bertolak ke Alor Star sebentar lagi" ialah ayat yang menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.  Ayat ini hanya boleh dibuat penyongsangan.
Untuk menjadikan sesebuah ayat aktif itu menjadi ayat pasif, ayat tersebut haruslah terbina daripada kata kerja aktif transitif.  Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Contohnya: Kami membaiki kereta kesayangan ayah.  "Membaiki" ialah kata kerja aktif transitif, manakala "kereta kesayangan ayah" ialah objek yang menjadi penyambut atau pelengkap.  Apabila dipasifkan, ayat pasifnya berbunyi "Kereta kesayangan ayah kami baiki".
Lain-lain19.05.2016
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010

Kembali ke atas