Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.raf] | سطرف

Definisi : sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.raf] | سطرف

Definisi : sama tarafnya; sedarjat; setara: Pemohon-pemohon mestilah mem­punyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yg ~ dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,

Peribahasa

Berdiri sama tinggi,
     duduk sama rendah.

Bermaksud :

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa, antara yang dinyatakan ialah kelayakan setaraf dengan STPM (dengan status taraf pendidikan diluar negara) termasuk "pass in Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka)". Apakah yang dimaksudkan dengan setaraf dengan lulus subjek Bahasa Melayu (DBP) ini? Bagaimana dan dimana untuk memperolehi maklumat tentang kelayakan ini? Terima kasih.Sila semak peraturan ini dengan penganjur yang meletakkan syarat berkenaan. Jika Dewan Bahasa sebagai penganjur, sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di talian 03-21479000.Lain-lain16.03.2015
apakah maksud sebenar sekufu?Sekufu ialah setaraf, sedarjat atau sama martabatnya.Makna25.02.2008
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi?Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja.Lain-lain14.06.2015
contoh-contoh bahasa kasarBahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Istilah26.10.2009
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih.Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya.Tatabahasa25.09.2011
apakah jenis bahasa tidak sopanBahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.  Makna21.10.2011
tuan, apakah maksud bahasa tidak sopan. apakah faktor-fsktor yang mendorong penggunaan bahasa ituBahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain05.10.2011
Bagaimanakah saya membezakan penggunaan antara kamu,awak,andan,engkau?Kamu dan awak ialah kata ganti  diri kedua kepada orang yang menjadi lawan bercakap. Engkau  ialah kata ganti diri kedua bagi orang yang setaraf atau lebih rendah atau  digunakan untuk Tuhan. Anda ialah kata ganti diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur seseorang itu.Lain-lain29.02.2008
1) Adakah DBP membuat krusus bahasa untuk penulis papan-papan iklan seluruh negara berdasrkan daerah atau zon? 2) Diharap pihak DBP mengambil inisiatif agar badan ini diletakkan di bawah dewan negara / parlimen supaya perkembangan bahasa melayu sekurang-kurangnya setaraf dengan di Brunei dan Indonesia.

Encik Mohd. Zahair,

1. DBP  ada menganjurkan kursus bahasa bukan sahaja untuk penulis iklan, tetapi untuk pengguna bahasa  pelbagai bidang dari semasa ke semasa  melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan.   

2.  DBP sebagai badan perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja  berusaha mengembangkan, menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Bahasa Indonesia-Malaysia(MABBIM)malah berusaha untuk menjadikannya salah satu bahasa utama di dunia.   

Lain-lain23.06.2010
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku.Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain02.11.2011
12

Kembali ke atas