Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.bal] | ستبل

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kalung, medang biawak, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar berenas, akar kecubung air, akar rambai daun, Trichosporum radicans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setebal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya seorang pesara guru. Jawatan terakhir saya ialah pengetua cemerlang. Saya telah menyiapkan autobiography saya setebal lebih 400 ms. Ia mengandungi pengalaman hidup saya semasa kecil di kampung dan sebagai guru hinggalah bersara. Saya menganggap buku ini sesuai dibaca oleh jenerasi muda sekarang ini dan lebih-lebih lagi untuk bacaan guru-guru juga untuk dijadikan iktibar. Bagaimana cara menentukan buku ini sesuai untuk diterbitkan? Adakah DBP bersedia menilai dan menerbitkannya? Saya bersedia menghantar skripnya bila-bilamasa.

Assalamualaikum,

                           DBP bersedia menerbitkan judul yang berkenaan dengan syarat judul tersebut diserahkan kepada DBP untuk dibuat penilaian awal untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak.  Mohon kemukakan judul tersebut kepada:

Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Peti surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Terima kasih 

 

Lain-lain02.04.2010
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
Imbuhan se-an wujud atau tidak... saya cari dalam tatabahasa dewan tiada imbuhan se-an.. cuma ada se- sekianAwalan "se- an" tidak ada dalam bahasa Melayu. Awalan "se" wujud dalam bahasa Melayu. Contohnya: secantik, sebaya dan setebal.Tatabahasa14.01.2017
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah?Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri.

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP.

Lain-lain11.03.2008

Kembali ke atas