Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.lah] | ستله

Definisi : sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.lah] | ستله

Definisi : sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.Salam sejahtera,

Ayat pasif bagi ayat di atas ialah:

Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat.

Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.09.2017
Ayat yang manakah betul? a) Setelah kenyang, kami berehat sebentar. b) Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar.Setelah kenyang, kami berehat sebentar. Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. Kedua-dua ayat itu betul.Tatabahasa15.05.2015
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.

Tatabahasa08.09.2017
Berkenaan dengan perkataan "Setelah" dalam kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp perkataan "setelah ialah kata bantu , tetapi dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga perkataan "setelah " ialah kata hubung.yang mana satu lebih tepat?

Kata hubung setelah dalam buku Tatabahasa Dewan adalah lebih tepat digunakan kerana membawa maksud sesudah, sehabis dan selepas. Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ialah  Kakak menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya.

Tatabahasa21.07.2017
Setelah Encik Ahmad disahkan positif penyakit COVID-19, beliau dikuarantin/dikuarantinkan di Hospital Permai, Johor. Antara 'dikuarantin' dengan 'dikuarantinkan', yang manakah betul? Apakah beza imbuhan awalan 'di' dan imbuhan apitan 'di'...'kan'? Jikalau ayat saya di atas tidak gramatis, harap pihak DBP boleh mencadangkan ayat yang baharu.
Penggunaan yang betul ialah dikuarantin.Tuan boleh menyemak pembentukan kata kerja aktif perkataan tersebut bagi membentuk kata pasifnya. 
Tatabahasa15.11.2020
Setelah menyelidik makna perkataan"lestari" dalam kamus, adakah maksudnya sama dengan perkataan "consistent " dalam bahasa Inggeris?Padanan lestari dalam bahasa Inggeris ialah everlasting, namun begitu berkemungkinan dalam konteks yang tertentu lestari boleh membawa maksud everlasting atau boleh juga membawa maksud consistent.Penyemakan dan penterjemahan10.04.2014
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TKLantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.06.2012
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi?Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat.Tatabahasa27.08.2009
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabutA. Bongkar-bangkir. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'?Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khususLain-lain24.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas