selepas | sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjal | 1 dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa (setelah dibengkokkan, ditekan, setelah menjadi tegang dsb): Arteri yg sihat dan normal bersifat ~ dan dinding di dlmnya lembut dan bersih. 2 mudah berubah (bkn harga, permintaan, kedudukan dsb); boleh diubah-ubah (bkn jadual waktu dsb): Barang pembuatan secara umumnya mempunyai permintaan yg lebih ~ di samping tidak begitu terdedah pd ancaman cuaca. Masalah ini akan dpt diatasi melalui cadangan mewujudkan jadual waktu ~ di sekolah. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. menganjalkan 1 menjadikan atau menyebabkan dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa: Gerakan itu dpt ~ otot. 2 menjadikan atau menyebabkan mudah berubah atau dpt diubah-ubah: Kita berharap agar suasana positif ini terus kekal dan perlahan-lahan ~ kedudukan ekonomi negara kpd keadaan yg lebih baik. keanjalan keadaan atau hal anjal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setelah | sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setelah | sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan; ~ itu, lori itu melanggar saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setelah | sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan kami. | Kamus Pelajar |
mati hidup balik | selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peninggal | 1. = sepeninggal setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesai | 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggul | 1 pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang: ~-~ kayu itu habis disungkur dgn traktor. 2 batang padi, lalang dll yg tertinggal setelah padi dituai, lalang disabit dsb. 3 pancang atau tonggak utk menambat perahu dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceria I | 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni; menceriakan 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; keceriaan perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; penceriaan proses (perbuatan) menceriakan sesuatu atau seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |