Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tém] | ستيم

Definisi : (setém) kertas kecil bergam, ber­gambar, dan mempunyai nilai (mata wang) tertentu yg digunakan sbg tanda bayaran pos, bayaran cukai surat perjanjian, dll; bersetem mempunyai setem: surat permo­honan hendaklah disertai dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tém] | ستيم

Definisi : (setém) IB, bp 1. suara pengundi (dlm pilihan raya dll); 2. sama nadanya, selaras, setala; tidak ~ a) tidak sama nadanya; b) tidak sesuai (cocok); menyetem bp 1. membuang undi, mengundi; 2. menyamakan nada (dlm permainan muzik), menala; seteman bp pemungutan suara, pengundian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tém] | ستيم

Definisi : /setém/ kepingan kertas bercap (yg ditampalkan pd sampul surat, surat perjanjian dll) sbg tanda bayaran pos atau cukai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima KasihKetiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan  yang berlainan.  Ayat  kedua yang betul  ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif.  Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa04.03.2009
Salam, antara frasa berikut yang manakah betul?mengumpul setem atau mengumpulkan setem? Terima kasih.Frasa yang betul ialah mengumpulkan setem.Tatabahasa23.05.2013
sepuluh keping atau helai setem?Sepuluh keping setem.Tatabahasa14.11.2012
Setemku atau Setem ku.

Saudara Fan,

Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku

Tatabahasa06.10.2012
Apakah penjodoh bilangan yang betul bagi setem? Adakah helai atau keping? Saya ada melihat di Pos Malaysia yang menggunakan helai tapi ada juga yang menggunakan keping. Harap diperjelaskan. Terima Kasih....

Penjodoh bilangan yang betul ialah "sekeping setem".

Tatabahasa16.06.2011
Salam sejahtera. 1)Fungsi setem _______sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Jawapan: ialah atau adalah ? 2) “sebagai” dalam ayat di atas ialah kata apa?Ayat yang betul ialah “Fungsi setem "ialah" sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Kata “sebagai” dalam ayat ini ialah kata hubung pancangan keterangan.
Tatabahasa20.01.2022
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”.

Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini.

Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu.

Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Sila rujuk juga laman-laman web berikut: 

faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc 

www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal

Lain-lain12.07.2009

Kembali ke atas