Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
makngot[mA/.Nt]kata adjektifberkenaan orang yang tidak cergas atau lembab.Makngot betoi budak tu, suroh kupeh nyoq sebijik pon dekat setengah jam baru sudah?[mA/.Nt b«.toj bu.dA/ tu su.Òoh ku.pAEh ø)Ö s«.bi.dZi/ pon d«.kAt s«.t«.NAh dZAm bA.Òu su.dAh]Lembap benar budak itu, disuruh mengupas kelapa sebiji pun hampir setengah jam baru siap?
dajal[dA.dZAl]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal.
dajai[dA.dZAj]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai.
banaeh[bA.nAEh]kata namaukuran untuk pukat, (sebanaeh pukat panjangnya lebih kurang seratus kaki).Pukat laut dalam besanya antara tengah dua banaeh dengan tiga banaeh.[pu.kAt lAut dA.lAm bE.sA.øA An.tA.ÒA t«.NAh du.wA bA.nAEh d«.NAn ti.gA bA.nAEh]Biasanya panjang pukat laut dalam, antara satu setengah banaeh hingga tiga banaeh.

Kembali ke atas