Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bebanjau[b«.bAn.dZAw]kata namaanggaran pada barang-barang.Kau beli le daging bebanjau setengah kilo, nak buat rencah laok.[kAw b«.li l« dA.giN b«.bAn.dZAw s«.t«.NAh ki.lo nA/ bu.wA Ä«n.tSAh lAo/]Engkau belilah daging anggaran setengah kilo, hendak buat rencah lauk.
kayu pak[kA.ju pA/] kayu bersaiz setengah inci atau seinci yang dipasang sebagai penahan cermin pada ambang tingkap atau ambang pintu.Kayu ni lebau sangat tak boleh buat kayu pak.[kA.ju ni lE.bAw sA.NAt tA/ bo.leh bu.wAt kA.ju pA/]Kayu ini lebar sangat, tidak boleh dibuat kayu pak.
lesong pipit[l«.soN pi.pet] lesung kayu bersaiz kecil yang panjangnya antara sekaki dan dua setengah kaki, digunakan untuk menumbuk beras, pulut dan kacang hijau.Kacang ijau ni secoet, kau tumbok aje pakai lesong pipet. Nanti boleh buat kue koye.[kA.tSAN i.dZAw ni s«.tSoet kAw tum.bo/ A.dZ« pA.kAj l«.soN pi.pet nAn.ti bo.leh bu.wAt kue ko.j«]Kacang hijau ini sedikit sahaja, engkau tumbuk sahaja pakai lesung pipit. Nanti boleh buat kuih koya.

Kembali ke atas