Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hemisferahemisphereSetengah daripada satu sfera. Lihat ContohSekolah Rendah
separuh bulatansemicircleBentuk setengah bulatan yang dikenali juga sebagai semibulatan. Lihat ContohSekolah Rendah
satu perduaone half/one over twoSatu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas