Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dalam penggunaan "sesetengah" dengan "setengah-setengah". Terima kasih.Sesetengah dan setengah-setengah sama maksudnya, iaitu  beberapa orang dan lain-lain.Tatabahasa17.03.2014
Hi, boleh kah "bagaimanapun" digunakan sebagai ganti untuk "walau bagaimanapun" dan "sesetengah" untuk menggantikan "setengah-setengah"?Kedua-duanya boleh digunakan sebagai pilihan sebagai pilihan.Tatabahasa04.12.2007
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
Adakah penggunaan kata bilangan dalam ayat di bawah ini betul? Setengah wanita dari Kampung Pandan telah menyertai program ini.Ayat yang betul ialah Sesetengah / setengah-setengah wanita dari Kampung Pandan telah menyertai program ini.Lain-lain12.08.2010
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit.Tatabahasa15.07.2013
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq

1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.

2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu.

3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat.

4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Tatabahasa08.07.2008
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.

Jawapan yang betul ialah "satu setengah  jam".

Satu dan setengah boleh digabungkan dan diikuti dengan jam.

Lain-lain24.06.2022
1) Apakah perbezaan antara separuh dengan setengah? 2) Telur separuh / setengah masak atau telur masak separuh / setengah? Terima kasih!1) "Separuh" dan "setengah" mempunyai maksud yang sama.
2)  Perkataan yang betul ialah "telur separuh/setengah masak".
Makna11.02.2022
Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu jam sentengah. Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. Mana yang betul. Satu jam setengah atau satu setengah jam?Ayat yang tepat ialah:Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. (letakkan unit di bahagian paling akhir:  Satu setengah meter, satu setengah kilo, atau satu setengah liter)Lain-lain03.11.2016
dua kilo setengah ATAU dua setengah kilo?Frasa yang betul ialah dua setengah kilo - kiraan/jumlah (dua setengah) diikuti unit (kilo).Tatabahasa21.08.2011
12345678

Kembali ke atas