Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
setengah hayathalf-lifeMasa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk mereput sehingga kuantitinya tinggal sebanyak setengah daripada kuantiti asalnya. Tempoh setengah hayat bagi setiap isotop radioaktif adalah berbeza.Menengah Atas
rektifikasi gelombang separuhhalf wave rectificationRektifikasi setengah daripada gelombang sama ada separuh arus ulang-alik positif atau negatif dilalukan, sementara sebahagiannya lagi disekat.Menengah Atas

Kembali ke atas